CHERITERA KAMI...: Flamingo Hotel Penang

Mar 6, 2019

Flamingo Hotel Penang

Ini pula short trip Penang bulan Mac 2018. Ade 2 lagi short trip Penang N tak share lg. Masih ade dalam draf. Baru letak tittle je. Sok sok kite tulis isi kalau idea mari na.Hehe. Yeaa..memang banyak trip Penang ni. Kalau tak Penang, Langkawi. Tue je lah option yg ade yg kadang-kadang rindu angin laut, jejak pantai. Dekat Perlis ni kalau Kuala Perlis tu laut tak berselut mungkin kami tak berjalan sakan sangat kot. Bila berselut tu, kita mampu duduk atas batu je la sambil tengok matahari terbenam angin pun kadang petang tu sedap je menyapa muka. Tapi kalau tak berselut, xmerasa la hasil laut yg meriah dan murah. Kan..so ade pro dan cons.

Ok, trip kali ni santai2 je sebab lepas checkout tu ade program lain. Ni just nak isi masa cuti yg ada je lah. Plus nak redeem voucher beli masa Matta Fair. Tahun lepas memang beria skit kot spend dekat Matta Fair. Tahun ni kite puasa la eh.Hahah.Masa kami p ni, cuti sekolah pulak. Jadinye memang the meriah the crowded jugak hotel. 

Minum dulu amik mood sebelum masuk bilik.

Bilik tingkat 7 tak silap paling hujung. Deluxe Room. 

Simple je biliknya, hotel ni macam lama sikit tapi kene la dengan harga tak mahal sangat. Janji selesa. Eh..tapi memula tu aircond buat hal la pulak. Tak sejuk. Jenuh tunggu technician datang betulkan. Nasib baik sejuk dah lepastu.

Toilet

Luckily, depa bagi bilik view cantik. Dok la dekat balkoni tu cuci mata. eeee menyampah pulak kite tengok minah dalam gambar ni awat di pampam sangat badan tu. Aiyyyoooo~

Balkoni die besar. Boleh toleh ke tepi kiri tu nampak bukit bukau belah sana pulak. Syok ek rumah sebelah tu buka je pintu belakang dah jumpa pantai. Tapi kalau siang, hangat litlit la kan.

Gayat tak?Tengah panas nampak macam tak ramai orang kan. Yang benarnye bila dah redup tu, penuh. Meriah dengar suara kanak-kanak. Pagi-pagi pula ramai mandi laut tu ada picnic lagi. N rasa pantai sini lebih tenang dan bersih dan landai dari pantai dekat Feringghi. Siapa setuju?heheh..

Baru lepas sarapan masa ni. xdak ambil gambar dalam cafe sebab crowded. Memang fullhouse. Kata cuti sekolah kan. mmm..makanan die ok la. 

Meriah

Kami jalan tepi pantai tu ada kawasan batu-batu port ambil gambar. Boleh la fefeeling. Nasib baik tudung tu dah iron dari rumah. Dekat dalam bilik hotel tak disediakan iron. Iron untuk public dekat certain level je. So, kalau nak iron kene p la level berkenaan. Tu yg better bawak travel iron selalu senang kan incase situasi macam ni rajin pulak nak turun naik lift ngankut baju bajan nak iron tu.

Malam lepas dinner, kami ke sini pula. Avatar secret garden. Orang sebelah sis tu beria nak p. Kite layankan je lah. Kene bayar RM5 parking. tu setahun yg lepas, sekarang ni tak tau lah berapa fee nye.

Xde ape sangat lah setakat nak ambil gambar feeling dalam avatar je. Dah la cuti sekolah, sesak dalam tu. Nak ambil gambar pun kene tunggu org takde so mana dan je lah. Cukup sekali sampai.Kihkihkih.

N beli dekat Matta Fair harga RM220 (kalau tak silap)  Deluxe Room 1 nite stay peak season no charge include breakfast. Ok la kan mana nak dapat harga camni dekat Penang tepi pantai pulak siap swimming pool, bilik pun besar.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah