CHERITERA KAMI...: Villa 3 Bilik Felda Residence Sungkai

Feb 11, 2019

Villa 3 Bilik Felda Residence Sungkai

Selalu bulan 12 akan jadi bulan cuti-cuti with familia la kan. Lama mak cakap nak p mandi hot spring. Voucher pun dari bulan 3 N dah beli dah masa Matta Fair. Macam biasalah, hujung nak expired tu la baru nak redeem.Heheh. Itu pun tak semua dapat join, so yg mana ade je lah. Walau tak ramai, tapi meriah dan happy tengok parents happy and enjoy during 1 nite stay ini.

Nak sampai ke resort ni memang jauhhhhh ke dalam dari simpang jalan besaq tu ade la dalam 9km lagi. Akan lalu kawasan krik krik, rumah-rumah felda lepastu hujung baru jumpa resort. Jangan cuak pulak.Heheh. Alhamdulillah masa stay tu ok je xde yg pelik2 ke mistik ke terjadi sebab ade la dengar2 orang cerita macam-macam. Huhuh. Tapi ok je haritu tiduq lena. Happy pergi balik.

 Villa no.13. Luckily dapat villa ni sebab kedudukan die paling depan dan dekat dengan waterpark tu dan paling hujung. Senang kereta parking. Each villa dibenarkan masuk 3 kereta sahaja. Nanti die akan bagi pass masuk. Kereta selebihnya tu kene letak dekat guard, luar. InsyaAllah selamat sebab ada guard.

Ruang tetamu yg besaq. Tolak segala perabot tu ke tepi, bentang toto.Bergolek la reramai di situ. 

Master bedroom ni pun luas sangat. Siap almari sofa tepi tu.

Bilik no.2 dan no 3 lebih kurang sama ja. Setiap bilik 2 katil single dan ada bilik air masing-masing.

Yg ada bathtub tu bilik air di master bedroom. Gambar tu baru suku je dari bilik air tu. Besar ok bilik air master bedroom ni.Kalau masuk toilet tu terus nampak sinki,pusing kiri nampak bathtub and shower, pusing kanan baru tempat melepaskan hajat.Heheh. Gambar hat kanan ni pula bilik air di bilik no. 2 dan 3, simple je lah.

Dapur dan ruang makan. Disediakan gas masak untuk kegunaan guest. Masa kami sampai tu gas dah habis, call je housekeeping, depa mai hantar. Cepat juga servis. Ada rice cooker, kuali, pinggan, cawan, kettle. eh.senang kata yg basic tu complete la. Tapi haritu, kami bawa juga kuali, magic pan dan rice cooker sendiri.Heheh.

Ada fridge juga. Dari dapur ni terus nampak hall tu. Memang happening. Bercakap sahut-sahutan yg dekat hall yg tgh masak tgh makan. Kalau bercuti ni memang perut lapaq selalu kan. Sedia je la makanannye.  Prepare bebanyak. Kedai makan ada je dekat luar la tapi rajin tak rajin nak membeli.

Jadinya, dalam villa ni ade ruang tamu, dapur dan ruang makan, 3 bilik tidur dengan 3 bilik air.
Oh..ade lagi part paling highlight dekat villa ni.

Private jacuzi di luar villa. Jangan risau, kawasan ni bertutup masih dalam kawasan villa. Memang privacy sekeluarga. Ada suis on dekat balkoni tu, kalau tak sure, korang tny je staff resort. Then kalau nak air panas, kene call reception dulu untuk depa on kan. Die bukan auto for safety reason. Air panas tu dari 830pagi-1030malam je kalau tak silap. Memang syok la berendam sini.

View waktu malam , sambung celop kaki pulak. Comey x comey la jacuzzi die tapi bile reramai berendam happening aih. Dekat tepi tu boleh la nak buat bbq.Wallah~ Kami haritu, bakar dalam magic pan atas dapur je. Hahha. Malas nak berenyah. Memasing tak sabo nak makan. Letak je ape makanan atas meja tu,kejap je lesap;p

Pagi esoknye pula, breakfast dekat cafe resort. Each villa entittle dapat 6 breakfast coupon.Sedap juga la makan depa. Dari villa nak ke area reception dengan cafe ni memang kene bawa kereta yea. Jauh kalau nak berjalan kaki. Huhuh.

Dah sampai, rugi lah kalau tak masuk waterpark tu kan. Dapat 6 juga tiket masuk. So, main la dari check-in tu sampai check-out. 

Happy you, happy me. Terima kasih Allah atas rezeki yg diberikan semoga sentiasa dapat berbakti pada keluarga selagi hayat masih ada. Amin..InsyaAllah:)

Promo yg kami purchase masa matta fair tu berharga RM583 termasuk 6 breakfast dan 6 tiket waterpark. Hanya 3 kereta je boleh masuk dalam villa. Takde limit person untuk bermalam. Tiket waterpark kene beli lain la kalau extra person tu RM10/day. Kalau check-in masa peak season ade surcharge, haritu kene add another RM150.Kuikui. OK la untuk harga dan ape yg kami dapat Alhamdulillah semua puas hati dan gembira. Misi berjaya! 

Balik tu jangan lupe singgah lunch dekat Nasi Bamboo Sungkai. Ni dah kali keberapa dah kami singgah. Depa dah tukar layout sikit lebih bayak ruang dan lebih selesa la kot.


2 comments:

Jepun Mari said...

ni dekat kmpong mil kitewww.. klu pegi hot spring memng tak pernh stay la.. nak kena luku rumah mak mertua punya dekat ada hati nak stay hotel hahahaa

Ransel Ijo +62 said...

amboiiiii,,,cantiknya tempat, saya gagal fokus dengan ruang kamar tidur dan kamar mandinya mbak bersih sekali. nyaman banget kalau bisa menetap disana. terus saya jadi mupeng dengan makanannya. salam kenal mbak ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah