CHERITERA KAMI...: Merchant Hotel Penang

Feb 18, 2019

Merchant Hotel Penang

Bulan 7 tahun lepas punya cerita.Hehhe.Ni kire last minute trip juga kami Penang lewat petang. Biase yg last minute ni idea suami den la. Lagi-lagi hari jumaat memang hari cuti die kan. Bukan boleh dok diam saja. Mula la keluar idea memacam. Sementara tengah ada mood berjalan tu, kite ikutkan aje. Dan selalunya yg last minute ni scroll Agoda sekali lalu mana best deal, reiew ok..terus book. Masa dalam train kang, baru kerja isteri nak mengoogle , surey tempat, plan jjcm segala tu. Luckily hotel yg kami book kali ni, banyak yg dekat dengan attraction. So, sonang keje . Jimat duit Grab:)

First time juga stay area Jalan Penang, Georgetown. Selamat datang ke Merchant Hotel.

Tak sangka bilik dia agak selesa dan not bad la kan. Dah la seaview. Amik bilik paling murah , 2single bed pun its okeyh.Heheh.

Eh.ada bathtub juga. Nice ha..Bersih toilet. Nampak hotel ni macam kelam dan lama sikit tapi ok je dalam die. 

Nak jadikan cerita, malam tu lepas dah tawaf sampai mengensot2 jalan sakit kaki.Hahah. Balik bilik, econ pulak buat hal. Macam tak sejuk. Memula macam malas dah nak report kt reception sebab dah siap mandi bagai memang nak zzzz je. Tapi laki den kate, kite report je la. So, call la reception. Ni nak puji ni, cepat ok tindakan staff die. Die mai tengok cek. Memang panas ni cik. Nti sy tengok ada bilik kosong . Kalau tak, panggil technician. So, dapat la kami bilik lain. Berpindah bilik la malam tu. Lena tidoq , sejuk econ.Hehhe.

Depa pun ade rooftop view nak lepak-lepak. Tapi xde ape sangatlah. Angin pun tak rasa malam tu. Tak syok nak lepak situ. Ambil-ambil gambar lepastu masuk bilik.

Depan hotel ni, berderet beca tau. Kalau malas, lintas je jalan tu cakap pakcik bawa saya menuju ke bintang.Gitu.Kihkih.Tapi kami tak naik pun. Suami N tny juga, tak  nak naik ke. Kite cakap, Takpelah. Sian pulak nanti pakcik-pakcik tu dah la kurus kang jenuh nak kayuh bawa kite yg ehemmm ni;p

Malam tu kami dinner dekat Nasi Kandar Hameediyah. First time makan sini, tu yg suami sis terus kene manderem lepastu. Hihih. nasib baik tak ramai orang lagi. So, takde beratur panjang dan kedai pun tak sesak sangat.

Tak sabaq sis nak rasa Nasi Kandar Hameediyah

Dah siap mentekedarah , kita sambung jalan tanpa arah. Tak tau pula rupanya malam tu ada event dekat tengah Georgetown tu sempena Georgetown Heritage Day. Memang happening lalu macam pekan cina lama pun ada. Siap ada lion dance lagi.



Kami tak amik breakfast dekat hotel sebab ingat nak keluar awai p sambung jjcm lagi plus suami N petang tu dah keje. So, by tengahari dah kene ada dekat stesen KTM.

Naina Roti Bakar ni tak jauh dari Roti Canai Transfer Road. sebab dah pernah rasa situ, kite try sini pulak.

Sambung makan cendol dan rojak dekat Teochew Chendul. Rasa ok je la. La ni kan orang dok kata p la makan kedai Melayu banyak lagi kt Penang tu. Masalahnye sis cari kedai cendol Melayu kt Georgetown ni tak jumpa pulak.Huhuh. Any recommendation?

Ingat kan nak try Ais Tingkap dekat lorong sebelah tu je tapi tak bukak lagi masa tu. Dah terbayang-bayang dah lalu kt tekak. Hahah. So, masuk sat dalam Chowrasta tu. Takde ape sangat la ek dalam bangunan baru tu. Jeruk pulak macam tak rasa nak beli. Beli la tshirt sehelai sorang. Then tunggu Grab dekat situ. The end ~ 

Eh..ade lagi trip Penang tak cerita lagi. tunggu nex next entry na:)


2 comments:

MrsEnoxis said...

Cantik jugak hotel dia, siap ada bath tub lagi. Menarik ni.

Lynn Hamzah said...

kalau pergi lagi penang memang wajib kena try ais tingkap... memang best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah