CHERITERA KAMI...: January 2019

Jan 17, 2019

Camar Resort Langkawi

Kejap je dah nak habis minggu ke2 Januari 2019. Cepat betul masa berlalu kan. Bangun pagi, tak sat dah tengahari, Rasa baru lunch dah fikir nak dinner ape pulak. Kang tengah malam lapar lagi. Sebelum tidur dah terfikir pasal sarapan esok. Eh...dah kenapa topik makan je fikir?Hahha. Nampak nau misi bajet diet belum berjaya lagi semoga sempat.Kuikui.

Ni nak story morry tempat kami baru p Ahad lepas. Tempat ni dah buat kami jatuh cinta sangat dan betul-betul rasa berat nak check-out. And husband kite pun dok cakap best best, thank you plan all this bla bla bla. Die tak tahu kite yang benarnye memang neves ya amat tak lena tidur nak tengok reaksi die. Tapi once dah enter the room tu die keep cakap macam tu sampai la sekarang dah 4 hari balik.Hahah Rasa nak nangis pun ada okeyh. Bak kata omputeh, " Make others happy, you will be happy too". Gituuu ;)

Lobby area, view dari reception kaunter sesambil tunggu check-in dapat welcome drink and cold towel. Orang tu dah dapat newspaper terus lupa nak snap snap;p


View memula buka pintu bilik. Lupa nak ambil full view dari angle yg menarik. Sebab neves punya pasal.Kahhh..Xpe..sila scroll sampai habis tau.

Ok ini view sebelah kiri dari angle pintu masuk tadi.Seperate shower, toilet and ape ituuu tepi ituu dapat teka takk??

Yeaa..ade bathtub. Yeaayyy! Malam tu balik dari dinner, masuk bilik tengok ade 2 kuntum bunga orkid dan 2 ketul chocolate sedap. Sweeet sangat la diorg ni tau.

Halah halahh halahhh ade swan 2 ekor pulak di situ

Kot korang pening tadi acane la rupe bilik ni berlekuk-lekuk. Ha..nampak belakang N tu ade 2 lubang pintu tu. Satu yg belah ade sinki, satu lagi yg ade bathtub and pemisah antara tu ialah wardrobe.

The view...we love it so muchhhhhh!

Bilik kami ni lagoon room namenye. Bukak sliding door tu terus terjun kolam. Muka semestinye gumbira di situ. Ofcourse!

Hotel at night view. Nasib pool tutup kul 8pm, kalau tak, memang nak sambung lagi ni.

Yang ini pula bilik-bilik lain yg dekat dengan pantai. So, kalau korang prefer pantai, boleh pilih this type of room. Tapi bagi kami pool tu memang terbaik la cuma nak kene jalan sikit la kalau nak p pantai and hotel restaurant.


Sambil tunggu sunset, ape lagi kan aktiviti wajib.

Resort ini terletak di Pantai Tengah. Bagi N air die takde la cantik but still ok. Bersih cuma haritu macam ada bau sikit. Tak tau bau macam selut ke ape ntah tapi tengok orang mandi ok je.Kuikui. Depan tu nampak bangunan2 kan, itu Pantai Cenang. Nak ke Cenang tu kalau larat jalan dipersilakanlah. Kalau kami, malas.Hahha.

💖Rezeki..SubhanaAllah..Alhamdulillah 💖

Lepas dinner dekat luar, kami singgah pantai excersice sikit la makan dah macam mentekedarah punya. Perut semacam. Ni tengah musim candat sotong. Nampak hijau je langit dari jauh dah macam aurora. Tu kalau candle lite dinner tu adududu romantika deh. Angin elok pula dari pagi ke malam sepoi-sepoi bahasa.

Selection of buffet breakfast takde la terlampau banyak just nice then korang boleh request menu ala carte sekali tau. sorang satu je la. Wajib order capati die sedap gile kuah dal dengan capati tu lupa pula amik gambar sebab rupe die biase-biase tapi bila ngappp masyaAllahhh marvelous. Masa makan ni chef die round and great everyone. Bagus!

Ok kene menabung lagi nak datang lagi sini pleaseeee

Antara bangunan ada kolam dengan yg dekat dengan pantai tu ade walkway dan taman ni.

Masa stay ni kami je orang Malaysia kot, yg lain orang luar so feeling like cuti dekat oversea pun ada. Semua pun ramah tamah je great and smile. Pepagi ni depa suka sunbath dekat pantai nanti petang, sambung dekat pool pulak. Pepagi nak mandi memang syok conquer pool.

Orang tu la yg paling syok;p

Honestly memang terbaik servis sini. Dari check-in, then petang diorang bagi a plate of fruits, malam dapat cute flowers and chocolate. Bilik ada aircond and kipas. memang sejuk, tilam bantal sangat sangat comfy.Then tempat dia sangat peaceful. Husband kite cakap, ini over expectation die. Die ingat tempat ni biasa-biasa je. So, worth every penny yg dilaburkan. See, pilihan isteri selalunya tepat.Hahahah

 Till we meet again Camar Resort Langkawi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah