CHERITERA KAMI...: 2019

Mar 6, 2019

Flamingo Hotel Penang

Ini pula short trip Penang bulan Mac 2018. Ade 2 lagi short trip Penang N tak share lg. Masih ade dalam draf. Baru letak tittle je. Sok sok kite tulis isi kalau idea mari na.Hehe. Yeaa..memang banyak trip Penang ni. Kalau tak Penang, Langkawi. Tue je lah option yg ade yg kadang-kadang rindu angin laut, jejak pantai. Dekat Perlis ni kalau Kuala Perlis tu laut tak berselut mungkin kami tak berjalan sakan sangat kot. Bila berselut tu, kita mampu duduk atas batu je la sambil tengok matahari terbenam angin pun kadang petang tu sedap je menyapa muka. Tapi kalau tak berselut, xmerasa la hasil laut yg meriah dan murah. Kan..so ade pro dan cons.

Ok, trip kali ni santai2 je sebab lepas checkout tu ade program lain. Ni just nak isi masa cuti yg ada je lah. Plus nak redeem voucher beli masa Matta Fair. Tahun lepas memang beria skit kot spend dekat Matta Fair. Tahun ni kite puasa la eh.Hahah.Masa kami p ni, cuti sekolah pulak. Jadinye memang the meriah the crowded jugak hotel. 

Minum dulu amik mood sebelum masuk bilik.

Bilik tingkat 7 tak silap paling hujung. Deluxe Room. 

Simple je biliknya, hotel ni macam lama sikit tapi kene la dengan harga tak mahal sangat. Janji selesa. Eh..tapi memula tu aircond buat hal la pulak. Tak sejuk. Jenuh tunggu technician datang betulkan. Nasib baik sejuk dah lepastu.

Toilet

Luckily, depa bagi bilik view cantik. Dok la dekat balkoni tu cuci mata. eeee menyampah pulak kite tengok minah dalam gambar ni awat di pampam sangat badan tu. Aiyyyoooo~

Balkoni die besar. Boleh toleh ke tepi kiri tu nampak bukit bukau belah sana pulak. Syok ek rumah sebelah tu buka je pintu belakang dah jumpa pantai. Tapi kalau siang, hangat litlit la kan.

Gayat tak?Tengah panas nampak macam tak ramai orang kan. Yang benarnye bila dah redup tu, penuh. Meriah dengar suara kanak-kanak. Pagi-pagi pula ramai mandi laut tu ada picnic lagi. N rasa pantai sini lebih tenang dan bersih dan landai dari pantai dekat Feringghi. Siapa setuju?heheh..

Baru lepas sarapan masa ni. xdak ambil gambar dalam cafe sebab crowded. Memang fullhouse. Kata cuti sekolah kan. mmm..makanan die ok la. 

Meriah

Kami jalan tepi pantai tu ada kawasan batu-batu port ambil gambar. Boleh la fefeeling. Nasib baik tudung tu dah iron dari rumah. Dekat dalam bilik hotel tak disediakan iron. Iron untuk public dekat certain level je. So, kalau nak iron kene p la level berkenaan. Tu yg better bawak travel iron selalu senang kan incase situasi macam ni rajin pulak nak turun naik lift ngankut baju bajan nak iron tu.

Malam lepas dinner, kami ke sini pula. Avatar secret garden. Orang sebelah sis tu beria nak p. Kite layankan je lah. Kene bayar RM5 parking. tu setahun yg lepas, sekarang ni tak tau lah berapa fee nye.

Xde ape sangat lah setakat nak ambil gambar feeling dalam avatar je. Dah la cuti sekolah, sesak dalam tu. Nak ambil gambar pun kene tunggu org takde so mana dan je lah. Cukup sekali sampai.Kihkihkih.

N beli dekat Matta Fair harga RM220 (kalau tak silap)  Deluxe Room 1 nite stay peak season no charge include breakfast. Ok la kan mana nak dapat harga camni dekat Penang tepi pantai pulak siap swimming pool, bilik pun besar.


Feb 21, 2019

NPF Bali , Ipoh

Ni adalah short entry je pasal tempat ni basically cantik dan unik tapi short stay je. Kami stay bulan Mac tahun lepas. Otw dari KL nak balik Perlis then tdoq 1 nite dekat Ipoh. Memang untuk rehatkan badan je tak de jjcm beria pun. Full pasal JJCM Ipoh boleh tengok under label Ipoh, N dah rangkum sekali harung senang nak refer kan. Ada jugak kot lepas tu kami p singgah Ipoh for jjcm tapi macam tempat tak menarik sangat, boleh la abaikan. Hahaha~

Nama je Bali tapi bukan di Bali di Ipoh Malaysia sahaja. Nak feeling like at Bali pun macam tak berapa more to English Malaysia village sikit kot konsepnye.

Reception area - macam rumah kan.  Konsep die, buat lah macam rumah sendiri.Gituu..Heheh.

View menghala ke pintu masuk. Ni baru lepas balik dinner. Tu yg kejap gambar cerah, kadang gelap.Hehehe.

Ni yg N kate unik tu. Boleh nampak tak apa yang unik di sini.

Mane ada hotel pakai tingkap gini kan. Siap ada langsir berjurai feeling pengantin baru sangat tau. Jaga-jaga tingkap tu, ada yang memerhati ;p Actually, ruang ni ialah bilik air. Rare tak?

Sebelah shower, sebelah lagi toilet. Sampai sekarang masih tak leh brain ape kegunaan batu tepi tu. Untuk pijak ke , letak barang ke acane?Ada sesiapa boleh leraikan tanda tanya ini?

Bagi N kire sexy juge la konsep die. Ang basuh muka, gosok gigi dekat sinki ni sambil main kenyit2 mata ngan partner kan. Jangan sampai ambil wudhu asyik terbatal pulak.Kihkihkih;p

Setiap guest akan di beri autogate key untuk keluar masuk ni. Memang feeling macam ang dok villa la kejap. Dalam area yg sama, korang nampak rumah banglo sebelah kanan tu tak? Banglo ni agak popular tempat orang buat event, mostly wedding ceremony utk chinese lah atau pun wedding photoshoot. Cecantik juga tengok hasilnya. 

Anyway, vilaa ni berdekatan dengan Stadium Ipoh. Dekat sangat lah. Pepagi cari je breakfast dekat situ , settle.

Feb 18, 2019

Merchant Hotel Penang

Bulan 7 tahun lepas punya cerita.Hehhe.Ni kire last minute trip juga kami Penang lewat petang. Biase yg last minute ni idea suami den la. Lagi-lagi hari jumaat memang hari cuti die kan. Bukan boleh dok diam saja. Mula la keluar idea memacam. Sementara tengah ada mood berjalan tu, kite ikutkan aje. Dan selalunya yg last minute ni scroll Agoda sekali lalu mana best deal, reiew ok..terus book. Masa dalam train kang, baru kerja isteri nak mengoogle , surey tempat, plan jjcm segala tu. Luckily hotel yg kami book kali ni, banyak yg dekat dengan attraction. So, sonang keje . Jimat duit Grab:)

First time juga stay area Jalan Penang, Georgetown. Selamat datang ke Merchant Hotel.

Tak sangka bilik dia agak selesa dan not bad la kan. Dah la seaview. Amik bilik paling murah , 2single bed pun its okeyh.Heheh.

Eh.ada bathtub juga. Nice ha..Bersih toilet. Nampak hotel ni macam kelam dan lama sikit tapi ok je dalam die. 

Nak jadikan cerita, malam tu lepas dah tawaf sampai mengensot2 jalan sakit kaki.Hahah. Balik bilik, econ pulak buat hal. Macam tak sejuk. Memula macam malas dah nak report kt reception sebab dah siap mandi bagai memang nak zzzz je. Tapi laki den kate, kite report je la. So, call la reception. Ni nak puji ni, cepat ok tindakan staff die. Die mai tengok cek. Memang panas ni cik. Nti sy tengok ada bilik kosong . Kalau tak, panggil technician. So, dapat la kami bilik lain. Berpindah bilik la malam tu. Lena tidoq , sejuk econ.Hehhe.

Depa pun ade rooftop view nak lepak-lepak. Tapi xde ape sangatlah. Angin pun tak rasa malam tu. Tak syok nak lepak situ. Ambil-ambil gambar lepastu masuk bilik.

Depan hotel ni, berderet beca tau. Kalau malas, lintas je jalan tu cakap pakcik bawa saya menuju ke bintang.Gitu.Kihkih.Tapi kami tak naik pun. Suami N tny juga, tak  nak naik ke. Kite cakap, Takpelah. Sian pulak nanti pakcik-pakcik tu dah la kurus kang jenuh nak kayuh bawa kite yg ehemmm ni;p

Malam tu kami dinner dekat Nasi Kandar Hameediyah. First time makan sini, tu yg suami sis terus kene manderem lepastu. Hihih. nasib baik tak ramai orang lagi. So, takde beratur panjang dan kedai pun tak sesak sangat.

Tak sabaq sis nak rasa Nasi Kandar Hameediyah

Dah siap mentekedarah , kita sambung jalan tanpa arah. Tak tau pula rupanya malam tu ada event dekat tengah Georgetown tu sempena Georgetown Heritage Day. Memang happening lalu macam pekan cina lama pun ada. Siap ada lion dance lagi.



Kami tak amik breakfast dekat hotel sebab ingat nak keluar awai p sambung jjcm lagi plus suami N petang tu dah keje. So, by tengahari dah kene ada dekat stesen KTM.

Naina Roti Bakar ni tak jauh dari Roti Canai Transfer Road. sebab dah pernah rasa situ, kite try sini pulak.

Sambung makan cendol dan rojak dekat Teochew Chendul. Rasa ok je la. La ni kan orang dok kata p la makan kedai Melayu banyak lagi kt Penang tu. Masalahnye sis cari kedai cendol Melayu kt Georgetown ni tak jumpa pulak.Huhuh. Any recommendation?

Ingat kan nak try Ais Tingkap dekat lorong sebelah tu je tapi tak bukak lagi masa tu. Dah terbayang-bayang dah lalu kt tekak. Hahah. So, masuk sat dalam Chowrasta tu. Takde ape sangat la ek dalam bangunan baru tu. Jeruk pulak macam tak rasa nak beli. Beli la tshirt sehelai sorang. Then tunggu Grab dekat situ. The end ~ 

Eh..ade lagi trip Penang tak cerita lagi. tunggu nex next entry na:)


Feb 11, 2019

Villa 3 Bilik Felda Residence Sungkai

Selalu bulan 12 akan jadi bulan cuti-cuti with familia la kan. Lama mak cakap nak p mandi hot spring. Voucher pun dari bulan 3 N dah beli dah masa Matta Fair. Macam biasalah, hujung nak expired tu la baru nak redeem.Heheh. Itu pun tak semua dapat join, so yg mana ade je lah. Walau tak ramai, tapi meriah dan happy tengok parents happy and enjoy during 1 nite stay ini.

Nak sampai ke resort ni memang jauhhhhh ke dalam dari simpang jalan besaq tu ade la dalam 9km lagi. Akan lalu kawasan krik krik, rumah-rumah felda lepastu hujung baru jumpa resort. Jangan cuak pulak.Heheh. Alhamdulillah masa stay tu ok je xde yg pelik2 ke mistik ke terjadi sebab ade la dengar2 orang cerita macam-macam. Huhuh. Tapi ok je haritu tiduq lena. Happy pergi balik.

 Villa no.13. Luckily dapat villa ni sebab kedudukan die paling depan dan dekat dengan waterpark tu dan paling hujung. Senang kereta parking. Each villa dibenarkan masuk 3 kereta sahaja. Nanti die akan bagi pass masuk. Kereta selebihnya tu kene letak dekat guard, luar. InsyaAllah selamat sebab ada guard.

Ruang tetamu yg besaq. Tolak segala perabot tu ke tepi, bentang toto.Bergolek la reramai di situ. 

Master bedroom ni pun luas sangat. Siap almari sofa tepi tu.

Bilik no.2 dan no 3 lebih kurang sama ja. Setiap bilik 2 katil single dan ada bilik air masing-masing.

Yg ada bathtub tu bilik air di master bedroom. Gambar tu baru suku je dari bilik air tu. Besar ok bilik air master bedroom ni.Kalau masuk toilet tu terus nampak sinki,pusing kiri nampak bathtub and shower, pusing kanan baru tempat melepaskan hajat.Heheh. Gambar hat kanan ni pula bilik air di bilik no. 2 dan 3, simple je lah.

Dapur dan ruang makan. Disediakan gas masak untuk kegunaan guest. Masa kami sampai tu gas dah habis, call je housekeeping, depa mai hantar. Cepat juga servis. Ada rice cooker, kuali, pinggan, cawan, kettle. eh.senang kata yg basic tu complete la. Tapi haritu, kami bawa juga kuali, magic pan dan rice cooker sendiri.Heheh.

Ada fridge juga. Dari dapur ni terus nampak hall tu. Memang happening. Bercakap sahut-sahutan yg dekat hall yg tgh masak tgh makan. Kalau bercuti ni memang perut lapaq selalu kan. Sedia je la makanannye.  Prepare bebanyak. Kedai makan ada je dekat luar la tapi rajin tak rajin nak membeli.

Jadinya, dalam villa ni ade ruang tamu, dapur dan ruang makan, 3 bilik tidur dengan 3 bilik air.
Oh..ade lagi part paling highlight dekat villa ni.

Private jacuzi di luar villa. Jangan risau, kawasan ni bertutup masih dalam kawasan villa. Memang privacy sekeluarga. Ada suis on dekat balkoni tu, kalau tak sure, korang tny je staff resort. Then kalau nak air panas, kene call reception dulu untuk depa on kan. Die bukan auto for safety reason. Air panas tu dari 830pagi-1030malam je kalau tak silap. Memang syok la berendam sini.

View waktu malam , sambung celop kaki pulak. Comey x comey la jacuzzi die tapi bile reramai berendam happening aih. Dekat tepi tu boleh la nak buat bbq.Wallah~ Kami haritu, bakar dalam magic pan atas dapur je. Hahha. Malas nak berenyah. Memasing tak sabo nak makan. Letak je ape makanan atas meja tu,kejap je lesap;p

Pagi esoknye pula, breakfast dekat cafe resort. Each villa entittle dapat 6 breakfast coupon.Sedap juga la makan depa. Dari villa nak ke area reception dengan cafe ni memang kene bawa kereta yea. Jauh kalau nak berjalan kaki. Huhuh.

Dah sampai, rugi lah kalau tak masuk waterpark tu kan. Dapat 6 juga tiket masuk. So, main la dari check-in tu sampai check-out. 

Happy you, happy me. Terima kasih Allah atas rezeki yg diberikan semoga sentiasa dapat berbakti pada keluarga selagi hayat masih ada. Amin..InsyaAllah:)

Promo yg kami purchase masa matta fair tu berharga RM583 termasuk 6 breakfast dan 6 tiket waterpark. Hanya 3 kereta je boleh masuk dalam villa. Takde limit person untuk bermalam. Tiket waterpark kene beli lain la kalau extra person tu RM10/day. Kalau check-in masa peak season ade surcharge, haritu kene add another RM150.Kuikui. OK la untuk harga dan ape yg kami dapat Alhamdulillah semua puas hati dan gembira. Misi berjaya! 

Balik tu jangan lupe singgah lunch dekat Nasi Bamboo Sungkai. Ni dah kali keberapa dah kami singgah. Depa dah tukar layout sikit lebih bayak ruang dan lebih selesa la kot.


Jan 17, 2019

Camar Resort Langkawi

Kejap je dah nak habis minggu ke2 Januari 2019. Cepat betul masa berlalu kan. Bangun pagi, tak sat dah tengahari, Rasa baru lunch dah fikir nak dinner ape pulak. Kang tengah malam lapar lagi. Sebelum tidur dah terfikir pasal sarapan esok. Eh...dah kenapa topik makan je fikir?Hahha. Nampak nau misi bajet diet belum berjaya lagi semoga sempat.Kuikui.

Ni nak story morry tempat kami baru p Ahad lepas. Tempat ni dah buat kami jatuh cinta sangat dan betul-betul rasa berat nak check-out. And husband kite pun dok cakap best best, thank you plan all this bla bla bla. Die tak tahu kite yang benarnye memang neves ya amat tak lena tidur nak tengok reaksi die. Tapi once dah enter the room tu die keep cakap macam tu sampai la sekarang dah 4 hari balik.Hahah Rasa nak nangis pun ada okeyh. Bak kata omputeh, " Make others happy, you will be happy too". Gituuu ;)

Lobby area, view dari reception kaunter sesambil tunggu check-in dapat welcome drink and cold towel. Orang tu dah dapat newspaper terus lupa nak snap snap;p


View memula buka pintu bilik. Lupa nak ambil full view dari angle yg menarik. Sebab neves punya pasal.Kahhh..Xpe..sila scroll sampai habis tau.

Ok ini view sebelah kiri dari angle pintu masuk tadi.Seperate shower, toilet and ape ituuu tepi ituu dapat teka takk??

Yeaa..ade bathtub. Yeaayyy! Malam tu balik dari dinner, masuk bilik tengok ade 2 kuntum bunga orkid dan 2 ketul chocolate sedap. Sweeet sangat la diorg ni tau.

Halah halahh halahhh ade swan 2 ekor pulak di situ

Kot korang pening tadi acane la rupe bilik ni berlekuk-lekuk. Ha..nampak belakang N tu ade 2 lubang pintu tu. Satu yg belah ade sinki, satu lagi yg ade bathtub and pemisah antara tu ialah wardrobe.

The view...we love it so muchhhhhh!

Bilik kami ni lagoon room namenye. Bukak sliding door tu terus terjun kolam. Muka semestinye gumbira di situ. Ofcourse!

Hotel at night view. Nasib pool tutup kul 8pm, kalau tak, memang nak sambung lagi ni.

Yang ini pula bilik-bilik lain yg dekat dengan pantai. So, kalau korang prefer pantai, boleh pilih this type of room. Tapi bagi kami pool tu memang terbaik la cuma nak kene jalan sikit la kalau nak p pantai and hotel restaurant.


Sambil tunggu sunset, ape lagi kan aktiviti wajib.

Resort ini terletak di Pantai Tengah. Bagi N air die takde la cantik but still ok. Bersih cuma haritu macam ada bau sikit. Tak tau bau macam selut ke ape ntah tapi tengok orang mandi ok je.Kuikui. Depan tu nampak bangunan2 kan, itu Pantai Cenang. Nak ke Cenang tu kalau larat jalan dipersilakanlah. Kalau kami, malas.Hahha.

💖Rezeki..SubhanaAllah..Alhamdulillah 💖

Lepas dinner dekat luar, kami singgah pantai excersice sikit la makan dah macam mentekedarah punya. Perut semacam. Ni tengah musim candat sotong. Nampak hijau je langit dari jauh dah macam aurora. Tu kalau candle lite dinner tu adududu romantika deh. Angin elok pula dari pagi ke malam sepoi-sepoi bahasa.

Selection of buffet breakfast takde la terlampau banyak just nice then korang boleh request menu ala carte sekali tau. sorang satu je la. Wajib order capati die sedap gile kuah dal dengan capati tu lupa pula amik gambar sebab rupe die biase-biase tapi bila ngappp masyaAllahhh marvelous. Masa makan ni chef die round and great everyone. Bagus!

Ok kene menabung lagi nak datang lagi sini pleaseeee

Antara bangunan ada kolam dengan yg dekat dengan pantai tu ade walkway dan taman ni.

Masa stay ni kami je orang Malaysia kot, yg lain orang luar so feeling like cuti dekat oversea pun ada. Semua pun ramah tamah je great and smile. Pepagi ni depa suka sunbath dekat pantai nanti petang, sambung dekat pool pulak. Pepagi nak mandi memang syok conquer pool.

Orang tu la yg paling syok;p

Honestly memang terbaik servis sini. Dari check-in, then petang diorang bagi a plate of fruits, malam dapat cute flowers and chocolate. Bilik ada aircond and kipas. memang sejuk, tilam bantal sangat sangat comfy.Then tempat dia sangat peaceful. Husband kite cakap, ini over expectation die. Die ingat tempat ni biasa-biasa je. So, worth every penny yg dilaburkan. See, pilihan isteri selalunya tepat.Hahahah

 Till we meet again Camar Resort Langkawi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah