CHERITERA KAMI...: Menginap di Keriang Hill

Dec 6, 2018

Menginap di Keriang Hill

Sebenarnya dah lama aim nak stay sini dari tahun lepas lagi kot dari awal-awal depa bukak tapi dok tangguh-tangguh sampai lah masa Matta Fair bulan Mac ritu kami beli promo die. Bayar deposit je RM50. Voucher valid sampai Dec 2018. Bulan Nov baru terhengeh-hegeh nak buat reservation.heheh. Dah pulak Keriang Hill tengah famous sekarang kan pasal drama Lelaki Kiriman Tuhan tu. Sebaik kami stay time weekdays. Staff habaq weekend la ni penuh saja. Masa stay tu pun kami tak tengok lagi drama ni, 2 3 hari ni baru dan layan. Sweet aih Raid dgn Naira tu macam kena. Ahakss..korang layan x?

Siang hari check-in ni, hasben N keje. Memula die habaq kata habis keje kul 4ptg lepastu tengahari pulak. Kite ni benarnye tetbe dapat idea saja nak buat surprise ke die la. Nervous toksah kata.Sebaik orang yg N hired untuk surprise tu staff situ juge. So masa die fleksibel la sebab N kejap tukar masa dah nak ikut masa laki kite kan. Lepastu dah otw tu nak singgah sana situ sini.Haishhh~

Reception area. Nanti depa bawa naik buggy 'diraja' tu untuk ke bilik. Comel je buggy tu.

View memula masuk rumah. Kite tak panggil bilik la sini sebab depa bagi sebiji gabak rumah ha. Ni gambar ambil esok paginye. Bau embun fresh pepagi hijau macam dekat kampung sangat feelingnya.

Ni ruang tamu yea belum bilik lagi. Besaq kan. Ang dok anak beranak 1 kerabat boleh sumbat ni.Hahah. Selesa sangat rasanya. Tv ade satu je dekat hall ni. Aircond sini dengan dalam bilik ada. Kalau sejuk, pasang kipas tu je. Dekat pintu N berdiri itu ialah bilik nye. Moh la kite..

Tadaaa..ini lah die surprisenye. Room deco. dah lama tak buat surprise room deco ni. Laki kite tanya sempena ape ni. hahahha.Saje jeee la nak kasi naik mood romantika, kasi release stress die sikit. Lagipun masa anniversary marin, xbuat surprise ape pun.Huhuh.

Seronok bila buat org happy kan.Isteri doakan moga kite sentiasa happy sesame okeyh hasben.Heheh. Bagi N murah ok harga servis surprise ni. Puaih hati i. Deal pun senang je. Yang best lagi dapat upgrade bilik. Patut dapat yg kecik sikit tapi adik tu kata sy bagi hat besaq sikit. Sukeee! Tq dik:)
 Korang kalau nak buat just tny je dekat pihak resort, nanti depa akan bagi contact no person in charged tu. 

All complimentary. Mana nak dpt resort x kedekut gula, teh ni.hahaha.

Toilet is dekat bawah. Tangga tu tinggi sikit. So kalau bawa warga emas yg tak larat jalan naik turun tangga agak minus point la di sini. Huhuh. Tapi kalau ade bath tub ni syok juge;)

The Puteri Restaurant- tempat kami lepak petang tu sampai Maghrib. nice la tenang2 je ade live band. Menu makanan sini tak banyak sangat tapi rasa insyaAllah sedap, harga pun acceptable. ramai juga orang buat event dekat sini.

Kolam tepi tu ade 2 ekor black swan tau. Jakun pulak kite rare kot. Lepastu asyik mai tepi dekat tu. Boleh bela kt umah dak.Kihkihkih.

Sarapan with love. Sarapan memang depa bawa ke rumah. Die habaq la pukul berapa nak mai, kite standby je lah. Jangan bagi makanan dok lelama kat luar nanti kera mai curi nganga la korang tak sarap.Hihihi.Nasi lemak tu sedapppp!Next time mintak lebih la eh:)

hi jiran belakang. Abg Raid takde pulak, kalau tak bolek skodeng.Hehe. 

Ade swimming pool yea di sini dan juga gym di sebelah.Memang tak boring la bawa budak2 cuti sambil berenang menikmati keindahan gunung Keriang sebelah tu.

Dah berapa kali dah orang sebelah tu tanya, bile kite nak p Keriang Hill lagi ni.hahah.Tu tandanye ape?Die suke lah tu. Suami suka, isteri?Tentulah berkali-kali suke.

Harga 1malam kalau normal price RM200+ tapi sebab tengah promo Standard Room ni RM120 sahaja dengan semua di atas korang dapat. Agak-agak berbaloi ke x?*wink*

Keriang Hill
Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah
04-731 5233


1 comment:

Sidratul Muntaha said...

salam alaik
seronoknya bermalam ni keriang hill
layan juga lelaki kiriman tuhan tu
sbb tempat dia cantik dan ade PU azman je sebenarnya melayan
sbb PU Azman suka bahankan orang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah