CHERITERA KAMI...: Tempat makan menarik di Terengganu

Nov 2, 2018

Tempat makan menarik di Terengganu

Mula-mula ingat nak devide jadi 2 entry tapi macam banyak pulak gambar nak pilih , pastu kang banyak pulak nak membebelnye kan. Dah la sambil pilih gambar, sambil telan telan air liur. Aduhaiiiii teringat-ingat kesedapan memasing. Awat la jauhhhh nau Ganu weh~

Kite separate by daerah la kot ek. Senang sikit nak refer nanti. Total ada 4 daerah kami p. Merang, Dungun, Kuala Terengganu dengan Marang.

Merang

Dekat Merang kami tak jjcm sangat sebab masa hari sampai petang tu ke Pak Nong layan celop tepung. Pak Nong tu are Kuala Terengganu kan. So, Nanti part KT baru N share situ. Sarapan pula kekenyangan amat dekat Alaya Malai. Plan nak lunch dekat Anjung Seri pun tak dan sebab perut rasa nak meletop. Hahah. Korang kalau area Merang ni boleh la try lunch dekat Anjung Seri, kata owner Alaya tu sedap juga makanan situ.

Dekat Merang ni kami shopping kepok lekor dengan kepok kering ja. Tu nanti N buat seperate entry eh pasal keropok sajo pun dah berapa tempat pergi.Huhuh.

Dungun

Dari Merang , kami ke Dungun pula. Sebab tak lunch tadi kan. Bila sampai Dungun tu Pukul 3petang dah kebulur dah. Masuk kedai tu mula la rambang mata nak makan macam-macam. Kedai ni memang N masukkan dalam list, RR Nasi Kerabu.

Kami sampai tu lagi sejam nak tutup. Nasib la ada rezeki merasa. Xcukup nasi kerabu sepinggan, tapau laksa dengan sate. Akak tu bagi free seplastik kuih muih pula. Alhamdulillah..moga bertambah rezeki akak.

Sedap nasi kerabunya. Nasib tadi dinner baru makan nasi kerabu, kalau tak leleh air liur sambil menaip ni.Hahha. Total RM20.

Malam pula dah alang-alang jalan area seberang pintasan tu terus lajak makan tepi sungai Dungun, di Medan Ikan Bakar. tak banyak kedai tapi meriah juga.

Kami pilih kedai hat hujung sekali.

Membulat yea engkorang.Kihkih. Makan sambil tengok bot nelayan lalu lalang. Rasa makan dia, ok ok je lah. Total RM23.

Esok paginya tak keluar breakfast pun, ada lebih tapau sate dekat RR Nasi Kerabu semalam. Makan aje yg itu. Kang lunch kat Marang nak melantak lagi.Kihkih.

Marang

Dari Dungun nak ke Kuala Terengganu tapi singgah lunch dulu dekat Marang. Masa otw semalam nampak kedai nasi kukus tu macam meriah je. So, dah target nak singgah la ni. Rupanya kedai ni baru 2hari beroperasi. Semalam yg nampak ramai orang tu, kire opening lah depa buat promo. Kuikui.

Power sambal belacan die. Hampir hampir keluar hingus. hhihi.Nama kedai ni Warung Nasi Kukus Klasik. Tepi jalan besar Marang tu je.Total RM9.


Hari nak check-in di Zaki's Residence, kami singgah minum petang di kedai kepunyaan adik kakak ipar hasben. Kire biras la kan dengan N. Orang Marang die. Dok nampak die promote kedai adik ipar die tu dekat FB , memang dah alang2 lalu singgah lah. AllahuAkhbar murah sungguh rezeki. Macam-macam dijamunya dengan ABC, cendol, kepok lekor, cempedak, siap bagi bekal buah lagi. Alhamdulillah~

Terletak di selekoh Rhu 2 , tepi jalan besar kalau dari Dungun ke KT memang akan lalu kedai ni menyerlah warna kuning tu. Jemputlah singgah nanti yea:)

Makan malam pula pergi area pantai Kelulut. Ada banyak kedai makan sepanjang Marang tu tapi pergi situ je lah sebab sebelum tu kami singgah Keropok Kelulut 008 tu. 

Medan Selera Esplanade

Celup tepung tu xboleh lawan Pok Nong punya. Makanan goreng2 lain boleh tahan la.

Kuala Terengganu

Petang hari sampai di Terengganu kami ke Merang dulu. Lepas check in dekat Alaya Malai, terus ke Warung Pok Nong. Awal rancangannye nak makan celup tepung area Penarik je sebab memang dah otw ke Merang tu tapi sebab ramai kata wajib pergi Pok Nong . ok..kite celup celup dekat Pak Nong je lah. Kami sampai di Pak Nong around 5pm. 

Nampak macam sesak tapi tak berapa kot. Hasben N terus beratur ade la dalam 20minit untuk ambil makanan. N pula terus cop tempat. Hihih.

Tak ambil banyak pun. Ni pun dah penuh perut. Malam siap tak dinner lagi. Sotong tu panjang, fresh. Kuah cicah pun sedap. Memang tak nyesal la mai sini. Total termasuk air RM21.

Otw nak check-in di Duyong Marina & Resort, cari tempat makan tengahari. Yang ni memang asal redah terjah je. Nama kedai pun xtau apa. Kedai kampung tepi jalan sebelum sampai Duyong Marina. Tengok ramai je orang, mesti sedap. Hihih.Selalu kan macam tu.kan kan kan.

Nasi Goreng Ayam speciality kedai ni. Simple tapi sedap. Licin. RM11.50

Malam pula atas recommendation by orang ganu, kami try western. Hari hari nasi je kan. Moh la kite western pula. Memang glemer sungguh kedai ni . Kami p penuh. Tapi surprisingly servis depa sangat cepat. within 10-15minit dah dapat makanan.

Syrup vs Soda

Spaghetti Carbonara dan Chicken Grill. Nak kata sedap sangat tu xjugak sebab pernah rasa yg lagi sedap dari ini. But still tak salah nak try cuba jjcm dekat sini. Mana tau menu korang order tu lagi sedap:)

Penutup percutian kalini,hari terakhir di Terengganu. Asalnye macam tak dan nak pergi sebab kedai ni tutup awai tapi sebab orang cakap wajib pergi try nasi dagang sini. So, pukul 7lebih kami dah gerak ke sini. Sedang elok orang tak berapa crowded sangat. Orang cakap, kalau biasa siap beratur panjang nak tunggu meja lagi.

Nasi Dagang Atas Tol di Kampung Atas Tol. Tak payah sibuk nak mencari tolnye memang takde yea;p Take note Isnin & Selasa kedai ni Tutup.

Kite bukan gemor sangat nasi dagang ni tapi licin iols ngap yg ni. Sedap sedappp! Selain nasi dagang, ade pulut kuning, nasi lemak etc. Air teh ais leleh menu hot sini. Bukan sini je rasa dekat Ganu ni memang kegemaran ramai air tu. Tapi kami tak order la. Huhuh.Serammmm nengoknye;p

Sape nk p Ganu?Nak itutttttttt~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah