CHERITERA KAMI...: Penginapan murah di Marang

Nov 1, 2018

Penginapan murah di Marang

Plan asal takde masuk dalam iti untuk menginap di sini. Kami fikir just stay 2 malam terus dekat Duyong Marina & Resort sebab hari last tu nak early checkout . Takmo balik lewat2 sangat lalu Grik tu I is seram pulak kalau dh gelap malam.Huhuh.

Tapi nasib baik juge decide stay sini sebab jimat berganda. 1 malam tak sampai RM100 pun.Hehe. Stay kejap je pun. Kire okla kan. Tempat ni kepunyaan kawan ayah. Ayah la yang dok cerita kawan die ada chalet dekat Terengganu. Cuba google tengok. Bila tengok tu macam eh..nice juga tempatnya tepi laut pula. Itu yang kami decide ok la, kita stay sini malam last.

Macam rumah persendirian kan konsep traditional melayu. Macam biasalah, cuma kami je guest masa tu. 

Kawan ayah tu atau tuan empunya ni kerja di KL tapi anak jati Terengganu. So, hujung minggu kalau free memang die akan balik sini. Sementara tu, ada tukang jaga tempat ni. Dia la yg uruskan semuanya.

Standard Room. Simple je biliknya. Sesuai untuk yg memang plan tak nak habiskan banyak masa dalam bilik.

Bilik air

Ruang santai depan bilik. Dalam bilik takde tv tau. So nak tengok tv, dekat sini lah tempatnya.

Bagi N konsep rumah ni more to family staycation or in big group. Nak buat family day ke sesuai sangat la dekat sini.

Ini lah ruang yg tersembunyi di sebalik rumah besar tadi.Memang tak perasan pun tempat ni dari pintu masuk rumah. Sangat sesuai lepak-lepak view laut, main buai. Nak jalan tepi pantai pun boleh tapi petang tu kami just duduk situ borak sambil sedihhhh esok nak balik dah keee.Hahahha

💖💖

Memang kesukaan beliau lah kan yg ini. 

Sesuai kan kawasan ni kalau buat sukaneka ka masa family day. Dah la redup ja sini. Belakang tu ada macam tank kolam baut swimming pool tak di tanya pula memang nak buat kolam ke acane tu.heheh. 

SubhnaAllah hari terakhir masih ada rezeki langit jingga di pagi hari. 

Kedudukan rumah ni di sebalik kawasan kampung. Dekat-dekat je jiran sebelah , depan tu. Petang-petang nampak budak-budak main bola pantai dan mandi laut depan tu. Meriah juga lah pantai situ. Ada rasa cemburu juga dengan depa macam eh bestnye korang hari-hari dapat tengok laut, langit jingga cantik.Huhuh.

Tak jauh dari sini dah jumpa deret kedai jual kerepok lekor, keropok kering dan seangkatannya. Kedai makan pun tak susah cari. Tak jauh ke dalam pun dari jalan besar.

Zaki's Residence Marang

Kampung Ru Muda, Marang
013-981 6623

1 comment:

MrsEnoxis said...

Cantiknye chalet!! Dekat dengan laut pulak tu. Menarik sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah