CHERITERA KAMI...: Pantai cantik di Terengganu

Nov 9, 2018

Pantai cantik di Terengganu

Selain aktiviti jjcm, misi utama pergi Terengganu ni ialah untuk lepas rindu rinduan pada laut hijau biru itu. Alhamdulillah sepanjang 5 hari di sana, cuaca amat baik. Kalau ikut kan, semua gambar nak letak tapi N letak wakil je lah ek. Nanti korang p dan rasainye sendiri;)


Kampung Mangkuk

First pit stop kami sebaik sampai Terengganu masa ni hujan renyai-renyai tapi dah sampai gigih la juga bergambar kalau tak rugi la kan dah sampai takde gambar buat kenangan pula.

Pantai Mangkuk berdepan dengan Terrapuri Heritage Village. Pantai dekat sini lebih landai dari pantai-pantai yg kami pergi di Terengganu. Kawasan sini lebih tenang, santai dan bersih.

Disebabkan tak puas datang masa cuaca mendung, kami singgah lagi Kampung Mangkuk ni hari terakhir sebelum pulang ke Perlis. Satu lagi habit N sebelum pergi mana-mana tempat N akan search dekat instagram selalu untuk dapat gambaran lebih jelas pasal tempat tu. Survey mana port-port cantik. So, macam dekat sini ada N jumpa gambar dekat jeti dan ada buaian. Cantik!Siapa tengok filem Pulang. Kan mostly shooting dekat sini. Memang wujud jeti dan buaian tu tapi masa kami pergi tu dah di hapuskan kedua-duanya .Huuhuh. Tapi elok juga, untuk safety orang ramai. Mau orang sibuk ambil gambar, gedebush jatuh muara.

Nak sampai ke tempat ni korang ke depan lagi dari Terrapuri Heritage sampai ke hujung jalan bertar tu. InsyaAllah akan nampak port ni. Kalau ade kelibat bot nelayan lalu depan tu lagi cun kan:)

Tempat popular - Pantai Penarik. Yg ni N stop dekat Ombak Pantai Celup Tepung. Singgah ambil gambar je.Heheh. Tapi cantik kan pantai , pokok , laut. Perfect combo:)


Public beach area di Pantai Kelulut , Marang

Sepanjang lalu Marang ni N memang toleh ke kiri je la sebab sibuk menghayati pemandangan yg dirindui since 6 tahun lepas. SubhanaAllah ni baru tengok yg ni kalau yg dekat Maldives ke mana tu camna lah rasa ek.Eh..hint kt orang sebelah ke ni.Kihkih.

Pulau Kapas di seberang sana. Ada rezeki insyaAllah kite ke pulau pulak la. tunggu tabung penuh balik.tengok berapa tahun pula.Hahaha. Jujur kata masa ni bergenang air mata sebab Dia bagi rezeki dan peluang untuk melepaskan kerinduan yg satu ini. Macam all the stress tu semua lepas.Huhuh.


Pantai Jambu Bongkok Marang

MasyaAllah masa ni cuaca cantik warna hijau biru tu memang terbentang gitu pure cantik. Ni kami main gamble je masuk lorong mana sebab kalau ikut waze tu di bawa kampung sebelah sana. Kami masuk kampung sebelah sini. Hahha. Korang waze : Masjid Kampung Jambu Bongkok. Nanti terus je ke jalan tepi pantai tu.InsyaAllah nampak la nanti tempat ni. 

Ada kedai belakang port ni. Pakcik pakcik tengah melepak ngeteh. Segan pula nak bergambar sakan depa dok tengok je. So, ambil apa adanye sebagai kenangan jadi lah.

Pantai Kuala Abang, Dungun. Sini kawasan pantai berbatu hitam tu. Rasanye belah Dungun memang jenis pantai gini lah. Pantai ada batu hitam. Memang cantik as background.


Nampak macam mendung tapi masa ni terik sungguh. Berpeluh ambil gambar punya pasal. Tengah takde orang tu boleh la posing ini. Ada 2 3 orang pakcik tengah memancing tepi tu.Heheh.


Tak tahu pun adanya Pantai Teluk Bidara di Terengganu. Ni pun sebab stay dekat Namibythesea . Pantai ni berdepan dengan Nami by the sea. Public area ade pondok tepi tu.

Plan nak mandi laut masa ni tapi tengok ombak tu hurmm..takpe kite lepak2 saja sambil menikmat langit jingga. Tengok sapa yg over itu:)


Ini pula kami main redah sebab nampak signboard tulis Pantai Teluk Bidara public beach juga. Sini sesuai lagi kalau nak mandi sebab lagi tenang. Ambil gambar pun cantik.

Kan setuju tak N habaq, pantai kt Dungun ni memang ada batu-batu hitam gini. Cantik kan:)


Orang Dungun confirm tau port ni kan. Seberang pintasan. Gambar di ambil waktu senja.

Bajet bajet taukey nelayan tunggu ikan xmuncul-muncul la tu.Hihih.

Ke arah Kemaman tu ade lagi kan kawan-kawan share pantai cantik tapi xdan nak ke bawah lagi. ni pun dah xpuas tatap lagi.dok teringat ja. kene dok sebulan pa kt Ganu.Hehhe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah