CHERITERA KAMI...: 1 malam di Kota Bharu

Nov 19, 2018

1 malam di Kota Bharu

Dari Perlis ke Terengganu, kami singgah bermalam dulu di Kelantan. Almaklumlah first time lalu Grik tu. Check-in je terus mentido 2orang kepenatan. Salute lah siapa yg selalu guna jalan Grik tu. Jenuh nak tunggu sampai weh. Huhuh.

Sebelum cek-in kami singgah lunch dulu dekat Kak Mah Nasi Kerabu. Disebabkan sampai time orang nak solat, banyak kedai yg xbukak. Tengok kedai Kak Mah Nasi Kerabu bukak, so lunch di situ je lah. 

Nasi biru dah habis, tinggal nasi putih je. Kureng feel la makan nasi kerabunye. Huhuh.

Dekat Kelantan ni ramai juga saing teman seuniversiti hasben. So, masa dinner tu depa buat ala mini-gathering lah. Jadinye dinner ktorg haritu tu di taja oleh. Alhamdulillah rezeki!

Cafe Jiran. Ingatkan dekat Wangsa Maju je ada. Rupenye main Hq die dekat Kota Bharu.

Sambung pula supper dekat Tiny Elephant. Nice juge untuk lepak2 makan eskrem dan ada menu lain juga. Ni pun ditaja oleh :)

Esoknye dah aim dah kedai popular itu. Dah la memang nampak terus dari tingkap homestay tu.  Sebelum pukul 8pagi ktorg dah serbu dah.

Kopitiam Kita. Tak order roti titab tu macam lalu pulak pepagi telan telur goyang.kihkih. So order roti bakar ni. 

Roti bakar tu baru sampingan je. Rambang mata tengok bekas2 dekat tepi dinding tu. Ada macam-macam jenis nasi dah siap bungkus. Pilih je la mana berkenan. Kalau ikut nafsu semua nak try. 

Dah kenyang, singgah ambil gambar dekat mercu tanda Kota Bharu
Menara Rehal

Lepas cek-out, sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu, singgah lunch dekat Restoran Nasi Ulam Cikgu. Restoran tu dekat sangat dengan Menara Rehal tu.

Tak sabar nak makan

Restoran ni dalam muzium tak silap. Lepastu ada 2 bahagian kedai. Nak selesa sikit p bahagian depan sana. YG dalam gambar ni bahagian belakang, kedai die rasa crowded sikit sebab bawah rumah kayu tu.

ya.sesungguhnya ulam die berderet lagi banyak dari lauk.Hiihih. Dan sambal belacan itu meletop. siap beli sebotol sebagai souvenir diri sendiri.Hahah.

Itu jelah jjcm yg sempat kami terjah. Tak banyak sebab kejap je di Kota Bharu tapi itu pun dah rasa bersalah dengan perut. Kahkah. Meh N share pula mana tempat kami bermalam untuk 1 malam itu.

Zulanie Homestay Studio

Homestay ni terletak di D' Perdana Apartment. Ada beberapa unit lain juga yg dijadikan homestay tapi rate Zulanie Homestay ni yg paling rendah masa tu. Sebab stay kejap je kite cari yg mur mur sajo deh janji selesa. Memang selesa sangat lah untuk 2 orang ni feeling like at home gitu.

Katil selesa bersih rumah

Mini pantry. Nak masak tak boleh tapi ade microwave tu buat panaskan lauk ke bubur ke kan. Ok la tu.

N xturun ke pool ni . Hasben p kedai runcit level yg sama dengan pool ni. Bawah apartment ni pun ade dobi. Shoplot sebelah ada 7-E. Tak jauh dari sini ada Kopitiam Kita. Haaa..complete!

Thank you Kota Bahru untuk pengalaman 1 malam yg mengenyangkan :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah