CHERITERA KAMI...: Tempat menginap menarik di Merang, Terengganu

Oct 5, 2018

Tempat menginap menarik di Merang, Terengganu

Kita mulakan cerita Trip Anniversary Kelate-Ganu dengan tempat yg bagi kami paling terkesan sepanjang trip kali ni. Walau pun 1 malam je dekat sini tapi banyak kenangan, pengalaman, knowledge yang dikumpul.

Tempat ni N tahu masa survey dekat airbnb. Korang kalau nak cari tempat stay yg rare dan menarik silalah cari di airbnb. Memang N slalu usha situ selain dari web biasa Agoda, booking.com dan lain2.
Bila jumpa tempat ni terus jatuh cinta and dah mark dah by hook or by crook nk stay juga sini. Dekat area Merang tu pantai cantik tapi tuelah nak jumpa tempat stay yg berkenan hurmm..Memang yg ini one and only yg N jumpa dah terus terpaut. Nasib baik boss besar, approved!Berani x-approved, rugi wooo.Hahha.

So,lets bawak korang tour.

Baru tengok gate je dah rasa macam pulang ke kampung halaman yang indah permai

Selamat datang ke Alaya Malai. Happy tak kalau guest di sambut macam ni.Hihih

Hijau mata sana sini penuh dedaun. Fresh!

Lupa nak ambil ruang 'lobby cum santai'. So, korang bayangkan je lah belakang tu nampak sofa kan. Situ lah urusan check-in dengan owner Alaya Malai ni. First time jumpa pun dah mesra ya amat. Sungguh rasa welcoming.

Nak dijadikan cerita, kami the only guest utk malam tu. Ikutkan kami book bilik bawah sahaja sebab 1 malam je kan ikutkan hati nak bilik atas. Tapi tuelah dah namanye rezeki, owner bagi free upgrade ke bilik atas idaman hati. Tersenyum sengeh la sang isteri. Double triple happy! Jimat RM100.hehe.

Total ade 7 unit bilik sahaja dekat sini. 1bilik di bawah, 6 bilik di atas. Ade 3type - Seaview Standard Room , Seaview Premier Room dan Garden view Family Room. Beza Standard dgn Premier tu size balcony dan view. 

 Seaview Premier Room kami yg punya. Hehhe

Muka dah berminyak janji gambar wajib ada. Suka the detail. Dalam bilik pun ade port ambil gambar. Simple open wardrobe belakang tu ade iron, sejadah. Mini fridge, kettle. Complete la yg penting2 tu.

Simple toilet, luas, bersih selesa.

Tadaa..view untuk 1 malam.Kalau stay bilik bawah, ang nampak pool dengan garden je lah.

Alhamdulillah rezeki pagi, dapat tengok langit jingga dari balcony bilik.

Aktiviti petang. Syok sebab tak da orang kan. Buat macam villa sendiri kata Mr.Yunus 

Masa kami otw ke sini hujan dari tengahari ke petang pukul 3 macam tu dah reda. Alhamdulillah, cuaca elok je sepanjang di sini. Rezeki Allah bagi dapat santai2 borak tepi kolam gini kalau tak dok dalam bilik je la gamaknya. Huhuhu.

Sebelum breakfast, kite jalan-jalan ambil angin pantai dulu.

Dari pantai depan villa ni nampak Pulau Bidong dan Pulau Yu. 

Dekat Alaya Malai ni guest boleh dapatkan perkhidmatan untuk ke Pulau Redang or Lang Tengah. In future, ade pelbagai program yg pihak Alaya plan utk guest. Menarik la dengarnya bukan sekadar tempat menginap je tapi depa nak ketengahkan culture dan keindahan masyarakat tempatan.

Dah hirup angin pantai tu, lapar pulak. Breakfast included sekali yea. Disediakan penuh kasih sayang dari owner sendiri. Masa check-in korang akan pilih nak menu apa. Sorang dapat 2 set ni. Giler kenyang , sedap pulak tu sampai lunch tu kami skip lunch kenyang benau. 

Mr.Yunus dgn kawan dia sangatlah friendly. Macam-macam topik kami berbual. Menginap sambil belajar pun ada. Belajar kenal pokok. Best tengok pokok dia tanam semua menjadi naik. Siap bagi kami anak pokok lagi as souvenir utk bawa balik Perlis. Harap-harap naik hidup subur hendakNya pokok2 tu. Kami ni tangan xberapa hijau;p

Dengan tempat yg best, layanan yg sangat baik, makanan yg sedap mana mungkin kami akan lupakan tempat yg meninggalkan kenangan terindah ni. Tq so much Alaya Malai!Untuk free upgrade bilik juga;) Ada rezeki, jumpa lagi.Hehhe.

Ok. Total 1nite include breakfast untuk Seaview Premier Room RM399 beza RM100 dengan Standard Room. Korang boleh booking dekat sini https://www.airbnb.com/rooms/22709519

Alaya Malai
Lot Jalan Pantai Merang Setiu Terengganu


2 comments:

Zie Azi said...

view semua cantik2 belaka... syiok la dia bercuti huhuuu

Kau Mawarku said...

Bestnye sis pergi cuti... Ni yg rasa nak pegi jugak ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah