CHERITERA KAMI...: Pengalaman pertama menginap di cabin

Oct 11, 2018

Pengalaman pertama menginap di cabin

Lepas check out Alaya Malai , perjalanan diteruskan ke Dungun pula. Separate entry N cerita mana kami p makan dan pantai-pantai cantik kami jejak okeyh.  Tempat menginap kami di Dungun ni memang unik. Pengalaman pertama untuk kami sebab stay dekat cabin. Nervous! Tak sabar nak check in macam mana rupa cabin nye tu. Ada few juga list tempat to stay dekat Dungun ni tapi kami pilih sini sebab nak sesuatu yg lain dan pengalaman baru. Tak sangka ada cabin ek tepi pantai Ganu uols. Ayuhhh~

Selamat Datang ke Nami by the sea .. Eh.ni bukan Korea tau.Malaysia ja;)

Close to nature sgt kan konsepnye. Macam biasalah, hanya kami je guest, jadi memang sangatlah privacy. Pilih nak cabin mana satu kiri kah kanan kah. Nampak kan petak biru belakang tu. Itu ialah kolam yea kalian. Nak berendam-rendam tak yah risau ada orang skodeng ke tak.  Suai sangat tempat utk couple and family with kids.

Jom masuk dalam

Once slide je pintu cabin, ini ialah viewnye. Jangan risau, ada aircond dan juga table fan. Tidur malam sejuk lena ketiduran. Lain macam nikmatnye. Petang pun sejuk je. So, takkan kepanasan lah dalam ni. Siap kettle, iron,ade instant coffee.

Simple deco tapi selesa dan lengkap. Owh..Memula sampai tu baru perasan takda tv. Tapi no hal time ni la nak spend quality time together kan. Masing-masing pun bawa novel. Kejap baca, kejap kang berborak bergosip santai santai dekat luar. Gitulah bila lagi nak masa-masa macam ni.

Pintu tepi cabin ni boleh bukak. Terus view nampak laut. Yea, cabin ni tepi laut je. Not exactly at the beach tapi nampak laut tu kire tak jauh pun.

 Toilet ni sangat feeling kampung. Dah la water pressure tu sedap je airnye. Kalau ada kolah ni , kecebom kecebom bunyi mandi. Lama tak mandi guna air kolah.Huhuh.

View malam yg sepi pi pi. masa ni baru balik dinner. Eh..takde pun kene gigit nyamuk pa. Elok ja. Jangan risau pasal safety. Nampak macam jauh dari masyarakat kan tempat ni. Tapi sebenarnye sebelah kawasan cabin ni ada rumah kampung. Then ada je orang lalu-lalang depan jalan tu. Cuma tak bz lah.


Jejak sunrise esok pagi. SubhanaAllah..cuaca elok. Allah bagi nikmat tengok langit jingga hari-hari. Entry lain N bawa korang tour pantai depan tu eh. Satu tabiat bila stay hotel lepas Subuh tu tak tidur balik sebab nak menikmati moment-moment indah macam ni. Tatap lah puas-puas walau memang takkan puas pun.Kihkihkih.

๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–


Thanks Nami by the sea bagi kami pengalaman best dan berharga ni. Servis owner pun sangatlah bagus dan membantu.Ceria je orangnya walaupun tak berjumpa.hehe. Segala urusan thru phone sahaja. Daebakk!

Eh..lupa pula yea nak share berapa cost 1nite stay RM222.55. Detail boleh tengok dekat https://www.airbnb.com/rooms/23333117


Nami_bythesea
Jalan Pantai Teluk Bidara Kampung Kubang Putat Dungun Terengganu
019-314 4634




2 comments:

Zie Azi said...

waaaaah cantiknya view.. pernah ari tu solat dalam cabin, menitik2 peluh mcm berzumba rasanya. ada kipas pun tak rasa.. kalau ada aircond ok la.. tempat nampak nice.. suka view pagi tu.. subhanallah cantik nya.

Edi said...

Rinduu tpt ni!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah