CHERITERA KAMI...: Duyong Marina & Resort

Oct 18, 2018

Duyong Marina & Resort

Our 3rd stay di Terengganu. Bulan 3 masa Matta Fair lagi dah beli voucher. Hehe. Lama juga peram ni. Kire plan ke Kelate-Ganu ni memang dah dibuat awal lah. Last year masa anniversary xdan nak p jalan jauh, tahun ni kita ganti la balik, gitu.

Sebelum ni Duyong Marina dikenali as Ri-yaz Heritage Hotel. Kalau tengok gambar tu macam nice je tempatnye chalet kayu tepi sungai kan tempat orang main kapal layar time monsun tu. Nak experience stay view sungai Terengganu pula.

Lobby area

Kawasan lobby, cafe dan hall kongsi bangunan yg sama. Bangunan ni terasing agak jauh sikit dari kawasan resort. Masa memula sampai tu lost kejap, salah tengok sign. So, korang kalau nak p lobby sesampai tu je terus ke kanan okeyh. Kalau ke kiri tu jumpa resort. Dah settle bayar deposit dan dapat kunci, moh masuk bilik. Ada 2 option nak ke bilik tu samada korang nak bawa kereta terus ke resort then parking sana or tinggalkan kereta dekat lobby parking area , just mtk tolong staff bwk buggy ke bilik. Depa ada sertakan map resort supaya korang tak sesat mencari bilik. Tak susah pun. Sebab susunan die teratur. kami bawa je kereta ke resort tu sebab parking dekat dengan bilik.

Jom masuk

Deluxe room yg luas , katil pun besar.

Complete iron segala tu ada. Iron tu penting walau ada bawa travel iron yg comel tu.Heheh.

Setiap bilik ada bath tub. Spacious bathroom

Verandah. Sangat tenang dekat sini. Nampak ada tangga belah kiri tu kan. Itu swimming pool and gym area. Konon-konon nak p berendam, nan hado nye sampai check out. Memang nak tenang-tenang rehat sahaja. Weekdays pulak, memang tak ramai orang. Sunyi.

Selain gym, swimming pool ada juga playground. Kawasan dekat sini luas. Sangat sesuai untuk family with kids. Seronok bebudak jalan macam dekat taman.

Ini pula sunrise sebelum nk p breakfast. Kalau rajin, boleh jogging pusing 2 3 round dah memacam melantak masa cuti ni. Hihihih.

Sepanjang bercuti kali ni, ini ialah buffet breakfast satu-satunye. Sebab ni je yg stay dekat resort. Hehe. Jadi rambang mata la. Ada nasi dagang, nasi minyak, kuetiau, sup etc. Yang penting, semuaaaa sedap!

Soon..jambatan seberang takir. Skali tengok macam dekat oversea mana la ni kan. Kanti nampak kapal UMT di situ;p


So far , ok je stay dekat sini. Facilities , servis semua ok. Cuma..haa..ada cume tu. Dari luar nampak macam well maintain tempat ni tapi kalau tengok dalam resort and bilik ada part yg perlu dibaiki dan di jaga. Dia macam rasa dari luar woww excited tak sabar-sabar nak tengok dalam tapi bila masuk macam hurmmmm.. kalau betul-betul jada, refurbish elok maintain baik punya confirm lagi stunnning

Macam limbongan kot kan view. Seberang tu ada tempat bot-bot nelayan. Kalau nak stay nampak river camni kene la pilih type suite. Kalau dari bilik macam kami tu, tak nampak la river nye. 

Kalau nak view lain KT nak luar dari sibuk pekan tu, boleh try stay sini. Tak jauh pun nak ke bandar tu. Then kedai makan pun banyak sebelum sampai resort ni. Kedai-kedai kampung. Meriah juga la Pulau Duyong ni. Resort pun sesuai untuk honeymoon and family.

Total 1nite stay Deluxe Room RM220 inc breakfast (Matta Fair promo)

Duyong Marina & Resort
Pulau Duyong Kuala Terengganu
09-627 7888



1 comment:

Zie Azi said...

rate pun ok tak mahal sgt.. nmpk nice je anne stay sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah