CHERITERA KAMI...: Tempat Makan Menarik di Melaka

Aug 15, 2018

Tempat Makan Menarik di Melaka

Ramai rupenye plan nak p Melaka nanti yea. Dulu masa dekat kL kalau cuti ke weekend tak tau nk jalan mana boring2 konpom zass p Melaka. Selain sebab kampung dekat Melaka, kami memang suke Melaka tu. Negeri comel tapi semua ada. Membangun dan happening. So, xkan boring la kalau dekat Melaka ni. Haa gitu. Promote Melaka ni, ade komisyen x;p

Entry kali ni beware sebab penuh dengan gambar makanan. Rangkumkan 1 entry sekali total ade 10 kot tempat kami sempat pergi. Dalam dan xdan tu, eh macam banyak juge terjahnye. Itupun rasa macam tak cukup lagi.Hahha.Tamak!

Hari Pertama bergerak dari kL sampai Melaka pukul 9lebih pagi. Nak p kursus awai lagi kate hasben nak check-in pun lagilah awai. Dekat rumah dah breakfast dah tapi ape salahnye to kill the time tu kite breakfast lagi kan.Kihkih. Lepastu bising berat tak turun.Heh.

Roti Canai Arang berasap-asap

Roti teluq besaq gil dan roti kosong. Lembut rotinye , kuah sesedap rasa. Siapa yg suke roti canai versi lembut boleh mai sini. 

Selain roti canai, ada juga nasi lemak, kuihmuih, lontong, mee kari, soto. Sesuai menu utk seisi  keluarga. Kedai besar, selesa. Walau ramai orang, servis cepat, mesra.Parking senang InsyaAllah sebab kedai ni tepi lebuh AMJ. Boleh parking tepi jalan atau masuk kampung dalam tu ade parking lot disediakan.

Satu-satunye tempat breakfast yg kami terjah. Hari lain, breakfast dekat hotel je xdan keluar, kate kursus kan.

Roti Canai Kayu Arang
Kampung Bakar Batu, Bachang
Setiap hari 7am-12pm, 7pm-12am

Hari yg sama, sebelum check-in cari tempat lunch pula. Ni macam malas nak pikir nak lunch mana sebab perut xberapa lapaq sangat. Dalam kepala teringat Sate Kampung Jawa. Lama mengidam sate perut punya pasal. 

Bile ko datang time lunch hour,mengadap la ramai orang. Ni bukan time cuti or weekends pun tetap penuh

This is our second time,Memang kene bersabar lebih bile mai sini.Servis dari dulu tetap lah lambatnye. Kalau lapaq giler, boleh terbalik meja.Hahah. Parking pun masalah juge sini. Nampak kereta tepi2 tu bukan parking yea, tu jem namenye. Ada luck, dapat parking tepi tu. No luck, hujung jalan ni ade tempat parking kene bayar RM3.

 Kami order sate dan juge Mee Rojak Ayam. Sate tu not bad rempah2 tu masauk rasenye cume kuah tu yg xkene,mee rojak pun kureng. 

Mak kate kene try mee goreng ke ape ntah sini. Tapi haritu macam tak perasan pulak menu tu dalam list. Plus sebab kedai ni tepi sungai Melaka tu antara main factor jugak kot kan. Kedai ni nampak dari balcony bilik 1825 gallery hotel tau. Kalau korang tengok dekat entry ni . Gambar yg dekat balcony tu nampak ade kedai khemah merah kan, itulah kedai Line Clear ni. So, kalau stay situ. Sejemput je jalan kaki, dah sampai.

Restoran Line Clear Kampung Jawa
Lorong Jambatan, Kampung Jawa
11am-530pm (Tutup Jumaat)


Lunch hari kedua di Warung Sri Binjai. Review ni N dapat dalam komen2 dari post orang dok tanya mana makan tengahari sedap di Melaka. Memula macam nak makan ringan2 je tapi dah tak jadi ringan dah bila tengok lauk2 yg ade dekat sini.

Awal sampai sebelum lunch hour, masih tak ramai orang lagi.

Asam podeh, lemak ikan masin, gulai siput, telur asin dan sambal belacan binjai. Perfecto combo! Rasa die de la kaw sangat tapi sebab combo ni power kot.

Review cakap kari ikan die power, tapi yg ni pun dah mengah. Sini konsep die hidang 1-1 lauk. Walau pilihan lauk tak banyak berjela yg sikit pun dah rambang mata pilih.

Warung Sri Binjai
Jalan Cheng Lama, Taman Bukit Cheng

Lunch hari ketiga pula main terjah. Kami otw nak check-in di 1825 gallery hotel, then nampak kedai ni. Tak masuk dalam list, tapi dah alang-alang lalu. Singgah je la.

Yeah..makan sambil tengok bot lalu. Memang tema hari ni di tepian sungai je dari siang sampai siang esoknye.Hihih

Dekat sini makanan ala carte.xde lauk2 siap tu. Harga pricey sikit. Tapi kalau saja2 nak ambil feel tu boleh lah try. Memula ktorg macam yakin tak yakin je dengan kedai ni sebab macam bukak macam tak. tapi tengok ade 1 family tu meriah makan. Kire onz la. Rasa?Okkkk la.Huhuh.

Restoran Melayu Melaka
Jalan Tun Mutahir, Kampung Morten
12pm-12am ( Tutup Isnin)

Lunch hari terakhir kami singgah di Medan Selera Pasar Menggong Alor Gajah. Dari banda hilir nak ke sini ada la dalam 30minit. Tempat wajib singgah setiap kali ke Melaka sebab cucur udang Alor Gajah tu dah jadi macam makanan wajib beli dan tapau bawa balik. Nanti makan ramai2 dekat rumah.

Dekat bawah tu dah siap tulis berapa ringgit utk berapa orang makan. Die dah siap-siap bungkus. So, masa order tu cakap je nak berapa ringgit. Tapi sekarang macam kurang cucur die. Banyak fish cake je. Kohkoh. Lepastu boleh request nak tambah ayam ke telur ke.

RM10, makan ramai dekat rumah. Kuah tu faveret. Memang akan beli stok sebotol sos.

Selain cucur udang, ada banyak lagi makanan dekat Medan Selera tu. Ade kedai jual lauk,sate, nasi ayam, kuih2. Sedap2 belaka.pilih je mana berkenan.

Cucur Udang Alor Gajah
Medan Selera Pasar Menggong
11am - 6pm


Fuh...habis dah pasal lunch. Membawa ke tea time pula. Dah sampai Melaka, wajib lah masukkan list Coconut Shake dengan Kuih Keria yg digembar gemburkan tu yea dak. Coconut Shake Klebang dah selalu pegi. Kami try Coconut Shake Batu Berendam pula kali ni.

Heaven pergi time weekdays, perlu beratur panjang. Sampai-sampai je terus order.Zass siap.

Serius sedap. Kene dengan tekak kami well blend rasa die cukup. Kalah lah Coconut Shake Klebang 

Di tempat yg sama juai Keria Gula Melaka Batu Berendam ni. 10biji RM6. Ini pun sedap bagi kami tak manis sangat, gebu2.

Ada macam-macam lagi makanan yg jual dekat sini. Sempat rasa 2 ni je , tak boleh penuhkan perut sebab karang nak dinner sedap.hehehe

Next day tu, balik dari Warung Sri Binjai kami lalu Klebang tengok Coconut Shake Klebang tu lengang je kami pun singgah la beli 1 cup buat rasa-rasa. Memang kalah la dengan Coconut Shake Batu Berendam.Bye2 Klebang.Hahaha~

Depan sikit dari situ, ade Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil pulak. Pun tak ramai orang. Heaven weh, tak payah beratur menggile tunggu.

10biji RM5, murah seringgit. Rasa crunchy dan pekat manis sikit.

Coconut Shake Batu Berendam
Jalan Kanan Satu Taman Ria, Batu Berendam
930am-1030pm

Tea time hari ketiga pula kami ke kedai legend. Dari zaman kecik-kecik N lagi kedai ni dah ada. Kalau ikut arwah awo pergi pekan Melaka beli barang, balik tu mesti singgah basahkan tekak dekat kedai ni. Kire sekarang ni cucu cicit la kan yg amik alih. Konsep masih sama macam dulu. Rasa pula dulu sedap lagi..Hahha

Nyummmy ais dikisar halus. Kedai ni seberang jalan je dengan 1825 gallery hotel uols.


Menu maintain sebiji sama macam dulu cuma harga je tak. Very the klasik

Tai Chong Ice Cafe
Jalan Bunga Raya, Kpg Jawa
10am-7pm (Tutup Selasa)

Korangggg...bertahan ek.Ni nak sambung dinner pulak ni.Kihkih. Malam pertama di Melaka special lebih sebab dinner di kampung halaman. lauk pauk di masak penuh kasih sayang oleh makcik. Dah lama terbayang-bayang asam podeh beliau ni.

Asam podeh ikan parang..licin kami kerjakan sampai menghirup mangkuk

Resepi dari awo memang no daun kesum no bunga kantan. Tumis halba dan bahan2 lain tu macam biase tapi rasa diee perghhhh terangkat. Adeehh telan2 air liur ni ha. Tq busu 💖

Hat ni sorry la yea xboleh bagi alamat kang ramai serang jenuh busu nak melayan dah kene bukak kedai depan ghumah pulak.Hahha

Malam kedua, keluar dinner awai sebab malam tu nak movie date dengan abang tom cruise. Giler neves tengok mission mustahil tu awat hujung2 tu over pulak action die.eeeee..

Tempat ni lama nak pergi 3 4tahun lepas tapi sebab ramai nau orang malas nak tunggu tempat bagai. Kali ni kasi jadi, tu plan datang awai. Naik grab je dari Avillion Hotel RM6. Sonang!

Holla Pak Putra..awat name die Pak Putra?Semua nampak mamak je situ kerja.Hoho

Awai sampai tak ramai orang lagi, weekdays sama kot kan. Laju servis depa. Xsabar tunggu roti naan dan tandoori kite Lamaa kot tak makan. Dah la dengar anak akak meja depan tu sambil makan dok cakap sedapppnye naan ni, sedapnyeeeee..boleh jadi duta Pak Putra dik.Hikhik..

Betul xtipu ni meman benar benar sedapppp gil uols. Kuah cili pedas, kuah dal sedap roti nyum3.Ayam tu pergggghhh meresap masuk rempah segala tu. Nyaris nyaris tak order lagi 1.

Restoran Pak Putra
Taman Kota Laksamana
5pm-1am (Tutup Isnin)

Next malam last sob sob..Bila last penutup ni kite kasi mood romantika dan mengujakan sikit.Ambooiiii..hahah;p

Masa ni dah check-in di 1825 gallery hotel , plan memang nak menyelusuri di tepian sungai Melaka dengan berjalan kaki sahaja. Banyak kalori ang dah ambil so bawa2 la insof. Sambil jalan sambil makan sambil jalan lagi. Gitu. Tak jauh rupenye kedai ni dari 1825 hotel tu dalam 5minit jalan

Dutch Cafe..belakang tu ade 1 lagi kedai tak sure nama ape. Korang pilih mane 1 kedai nak.2-2 kedai melayu. Yang pasti laksa Nyonya itu sedap wajib order, pedas pekat!

Ramai omputeh dekat sini ni kalau habaq kata dekat oversea pun orang blh percaya pa.Heheh. Romantik dinner aih. Yang seberang ramai org tu cafe juge tapi mmg port mat saleh la situ ade beer bar bagai. Kire meriah la area sini. Sana pasang lagu raggae ,  sini RnB gitu.

Jalan depan lagi dari cafe ni dah jumpa Bangunan Merah, naik beca boleh p dataran pulak.Tapi haritu kami pusing lalu dekat Hard Rock Cafe, H&M, jonker walk tutup pula yea la hari Khamis masa tu. Terus balik hotel. Buat satu pusingan la kirenye tu. 

Dutch Harbour Cafe
Jalan Laksamana, Banda Hilir
9am-11pm

Tamat sudah misi #jjcmmelaka kami. Banyak xbanyak la jugak dalam 4H3M tu kan. Melaka antara negeri yg mewah dengan makanan. Dah datang tu, wajib explore. 




2 comments:

mama tisya said...

meriah jjcm die....mcm2 ada..aritu ms cuti2 melaka nk p gk roti canai arang tu tp sudahnya 2 beranak kemain berselimut tkmo bgn2 sudahnya tk pegi..yg coconut batu berendam dh pernh try tp akak suka yg klebang juga...yg pak putra pn pernh singgah ms tu outstation ..pi ngan bos..siap mkn cheese naan yg triple....yg gmbr last tu mmg btul la..dh gaya mcm kt overseas..syok ler

Zie Azi said...

ok.. ok... yg pling win IKAN ASAM PODEH IKAN PARANGGGGG
awat mengancam sgt aihhhh... ni yg mengundang pi hunting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah