CHERITERA KAMI...: Avillion Legacy Melaka

Aug 17, 2018

Avillion Legacy Melaka

Ini ialah tempat penginapan kami untuk 3H2M. 3 hari jugak lah hasben den kursus dekat sini. Nak sonangkan cerita, stay je dekat tempat yg sama tak payah poning kepala kan. Kami beli sesiap voucher masa dekat Matta Fair Mac 2018 marin. Awai dah tau nak p kursus, senang nak plan. 

Lobby area

Ruang lobby dan cafe yg terhad. Dekat sini lah nak check-in dekat sini juge ruang makan depa yg kursus haritu. Kalau time depa makan tu memang penuh la ruang ni. Dah macam Grandballroom gamaknye.

Kami sampai dalam pukul2petang. Depa kata bilik tak ready lagi. Sepatutnya pun check-in 3petang. So, hasben p masuk kursus dulu.N melangut la dekat lobby tu tunggu sampai depa panggil. Hampir terlelap jugak masa ni sebab semalam journey dari Perlis. Ni pagi2 dah gerak p Melaka pulak. Depa bagi je kad, terus tak sabar nak masuk bilik. Ok, satu yg kureng dekat sini xde sevis bellboy. Ke semua avillion de?Hurrmm..lama dah xp avillion. Tapi macam lack of staff pun yea jugak. Barang kami agak banyak jugak la, Mengangkut la kite gedush gedush sorang naik bilik. Paling tak pun kalau ade, troli tu boleh la buh situ. Ni troli tu pun tak nampak bayang. Troli ka nama die ek?

Superior Room with king bed

Superior room pun dah besar gini kan. N memang dah sedia maklum , ramai yg review cakap hotel ni dalam die a bit old xserupa segah ape yg kite nampak di luar hotel dan di hotel avillion yg lain. Walau nampak macam old sikit but mostly perabot masih elok dan bilik selesa.

Bathroom with bathtub. Curtain tu dah perlu tukar kot esok esok. Huhuh..

Swimming pool area di level 6. Level sama dengan gym dan hall.

Bangunan luar hotel ni memang nampak gah tersergam ala2 zaman British camtu kan tapi bahagian dalam perlu upgrade mana yg patut supaya lagi wow factor kot. Tapi kalau depa upgrade dalam tu confirm harga tak dapat la RM100++ dah kan.Hihih. 

Type of room yang ada di Avillion Legacy Melaka

Total 2 nite include breakfast RM256. Deposit RM100 + heritage cas. Brekfast utk 2hari ok la ade pertukaran menu , pilihan dan rasa ok ok je lah.

Untuk yang datang Melaka banyak masa di luar berjalan dan jjcm , boleh lah stay dekat sini sebab harga die affordable tak mahal sangat. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah