CHERITERA KAMI...: 1825 Gallery Hotel Melaka

Aug 13, 2018

1825 Gallery Hotel Melaka

Jenuh nak cari mood mengupdate ni. Banyakk lagi tertunggak . Kite share hat latest yang ditanya ramai ni. Memang lamaaa dah teringin nak stay sini sebelum orang viral-viralkan lagi. One of reason sebab tak pernah feeling lepak tepi sungai Melaka kononnye. Dapat la kite rasa ala2 Venice di Malaysia pun jadilah plus konsep dan interiornye menarik hati.

Kebetulan hasben kursus Melaka 3hari last week, alang-alang tu kite melaksankan lah misi terpendam ni. Ada 2 hotel kami stay, hotel 1825 gallery hotel ni kami stay malam last di Melaka sebab hari ni yg hasben free. Hari lain full course pagi sampai petang macam rugi pulak stay dekat sini tak dapat nak feeling sesame kan.Habis je kursus terus check-out dan check-in di sini. Doa je dapat lah bilik yang best view sebab hotel ni walau dah request still subject to availability kan.Huhuh.

Muka tak sabar nak check-in.  Kalau tengokkkan kawasan memang agak susah nak dapat parking depan hotel, jalan agak sibuk. Tapi jangan risau, pihak hotel ada sediakan parking dekat bahagian belakang bangunan. Kena jalan sikitlah.

Open space parking. Lupa nak ambil gambar waktu siang tu. Tak perasan ade cctv tak, insyaAllah selamat.


Lobby area. Sebiji kot dalam gambar internet. Wow sangat kan.

Port wajib ambil gambar. Persis dalam villa mane ntah siap ikan koi besaq. Ada lift disediakan, so jangan risau bwk brg banyak atau dtg dengan warga tua. Cukup selesa. Yok masuk bilik.

Welcome to River Suite Room no. 213

Spacious sangat biliknya. katil besar,1 family anak beranak memang selesa sangat ni.

Konsep Melaka lama dan rustic. Note that dekat dalam bilik ni tiada fridge tau, iron pun upon request.  Jom tengok ape di sebalik pintu itu.

Bathroom yg sangat lah luas, cantik, bersih dan we LOVE it so much!

Bathtub with jacuzzi. Sexy kan.Jangan risau blind tu boleh adjust naik turun, ade suis dekat dinding.Rendam2 party buih uols;)

Balcony ni lah yg buat kami tergoda sebab the view sangat amazing dan sangat Melaka.

Feeling princess lambai rakyat jelata naik bot. Layankannnn~

View senja..On point 💓

View the other side of balcony. Nampak Menara Taming Sari.

Gambar dari Jambatan Kampung Jawa. Jambatan yg nampak dari balcony bilik tadi. Bilik kami belakang tu tingkat atas sekali hujung kiri gambar sebelah bilik ada lampu tu. Macam oversea ?Malaysia je pun boleh;)

Ada disediakan cafe jugak di sini untuk orang luar pun boleh. Dari tempat parking tadi, korang masuk ikut pintu ni. Ni kire pintu belakang lah. Dekat jeeee. Rasa dekat Bali pulak. Hoho..

Cantikkkkkk kan?Chill calm cafe die. Kami tak amik breakfast sebab lepas check-out tu nak melantak kang tkt dah kenyang awal. Kalau korang nak add on breakfast, RM25 per pax.

Last sebelum balik..yg candid juge menjadi;p

Another hotel yg memuaskan hati. Yg worth it. Kedudukan strategik walking distance je nak ke place of attraction and tempat makan. Nanti N share entry lain ok. Kalau yg follow IG kite, mesti dah tau awai dah info-info tu. Dekat IG laju sikit update.Hehehe.

Oh..yea. Total 1nite stay di 185 gallery hotel Melaka is RM249. Better korang cek dulu harga direct web hotel berapa sebab boleh dapat murah dari agoda atau web lain RM300+. Make sure korang book River Suite Room bilik 213 tau. Standby deposit RM200 + heritage tax. 


1825 Gallery Hotel Melaka
Jalan Bunga Raya, Kampung Jawa
06-288 2868
http://1825galleryhotel.com/

2 comments:

Atiqah Mutaza said...

wahh sis buat sy rasa nak pergi melaka sekarang jugak.. sebab tak pernah try hotel ni

Zie Azi said...

agak pricey sikit eh.. tapi dr segi view & design mmg superb.. cantik deco2 dia semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah