CHERITERA KAMI...: Romantik hotel di Penang

Jul 19, 2018

Romantik hotel di Penang

Seminggu selepas kami balik dari Ke-lan-tan House Penang, kami datang lagi ke Penang hujung minggu tu. Yeaa..laki den tengah mabuk angin Pulau Pinang. Kene mandrem Nasi Kandar gamaknye. Dah laki ajak, wajiblah isteri turuti kan. Pergi bercuti, giler tak nak. Hahhaha~

Kali ni tempat staycation 2H1M dirahsiakan sampailah nak ke hotel tu lagi 100m macamtu baru N dapat teka ke mana tempat di tuju. Dari awal dulu memang dah masuk dalam list Lone Pine ni antara hotel yg terinigin nak menginap bila ke Penang. Memang ade la gtau kat hasben duluu kite teringin nak stay sini. Lepas tu dah tak berapa rasa sangat sebab dah lama, so hotel tu mcm dah ditenggelami oleh hotel-hotel baru yg lain. Hahahah.

Bile ade orang bawa dan belanja ni , wajiblah gumbira tak terkata. Alhamdulillah.. kata laki den, syg nak stay sini kan. Alaah..ingat pula dia tu. Terharu pula sis.Kihkih.Dari parking, check-in sampai check-out memang baguslah servis dekat sini. Mesra dan sangat welcoming their guest. Full mark!

Alololo..ade pula deco manis manis ni bunga bunga cinta. Auww..tq suami:)

Disebalik sliding door tu ade bathroom dan juga almari complete dengan semua kemudahan biase yang disediakan oleh hotel.

Kdg2 bukan nak demand pun tp bile bilik hotel ade balcony, itu adalah bonus sebab N memang suka lepak dekat balcony dari dalam bilik. Lagi-lagi view depan tu saujana mata memandang.

So far bilik dekat Lone Pine ni besar, selesa, bersih cumanye ada certain part yg perlu penambaikan atau di jaga baik. Dari luar kita tak nampak sangat hotel ni lama tapi dalam bilik boleh rasa la sikit-sikit hotel ni telah dimamah usia. Contoh macam cat dekat dinding tu ade yg dah terkopek-kopek, cadar ade yg terkoyak sikit then lampu tu dah tak boleh stand dengan sendirinya kene berpaut pada dinding tu ha. Perkara-perkara remeh dan ringkas je kan kalau dijaga betul-betul diteliti balik mesti la kebaboom hasilnya. Ktorg dah tinggalkan nota di situ untuk tindakan lanjut hotel. Sayang hotel sangat nice dan cantik!

Memula macam eh kenapa dapat view ni xbest sebab laut nampak sipi-sipi tp macam eh best pulak sebab ade pokok2 tu then nampak area pool macam cantik la pulak.Hahha. Semua sudut view dapat capture dari sini.

Malam-malam lepak sini sambil rendam bersiram dalam tub layan KDrama.Elok pula xde nyamuk. Sekali sekala perlukan kelainan dalam kebiasaan kan;)

Yok breakfast rasa macam dekat luar negara, dekat Bali pun ade. Ramai nau omputehnye. Yang best tengok sebab most of them baya mak ayah nenek tapi still loving couple gitu enjoy meniti usia tua. Moga kita pun kalau panjang umur, dapat la macam tu juga.InsyaAllah...

Excited nampak tent ni dah cakap dah kat Mr.Photographer nanti nak amik gambar dekat sini tau. Hehe. Macam comel je ade sebiji buh dkt rumah. Lepas tu biar bersemak.Kihkih. Angan-angannn~ Belakang tu salah satu pool yg ade dekat sini. Ade satu lg pool besar sebelah kiri gambar tak ambil sebab kakak2 saleh tengah sibuk berjemur berendam.


Sesuai dengan nama Lone Pine Hotel mestilah ada pokok Pine nye kan. Sangatlah sesuai untuk bergambar dekat sini. Dah la lengang lapang takde orang, xde la kite segan berdilwale kejap.

Lone Pine terletak di Pantai Batu Ferengghi, tapi agak sesaklah pantai batu Frengghi ni. Kurang kenan di hati kite. Banyak watersport sepanjang tu kalau nak main water activities. Kami tengok2 kejap je lepastu masuk balik.Huuhuhu..

Hotel ni sangat sesuai untuk yg nak bercuti santai tenang relax dan feeling romantica de amour feeling di oversea. Padanlah ramai omputeh stay sini sebab kene dengan jiwa mereka ala2 English concept. 

Nampak tak tu muka bahagia gembira dapat cuti 2H1M dekat tempat romantica ni.

Sorry korang harga tak tahulah berapa sebab orang tu belanja surprise kan. Kite tny pun die geleng2 je kepala. Tapi N tengok la agoda tu dalam RM300+ juge yg paling murah dan semua bilik di sini ade jacuzzi macam tu. Berbaloi kan?


1 comment:

Ida Puanstoberi said...

best la uols.. tkpe..akak baca review uols ja. nanti mana tahu boleh pergi lak :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah