CHERITERA KAMI...: Resort cantik di Gunung Jerai

Jun 26, 2018

Resort cantik di Gunung Jerai

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin korang! Dah nak masuk separuh Syawal dah kejap betul masa berlalu. Entry baru up lepas sebulan lebih krik krik bersawang dan dengan rasa bersalahnye harini kite gigih mengupdate. Yang benarnye alang-alang tu nak tanya la sape dok Utara tu yg sudi jemput kami beraya ke rumah.Haha..sempatt kan.  Syokla tengok orang berjalan raya kite 4 Syawal dah balik Perlis mampu tengok je jalan raya sefamily. Kalau ade, meh pm alamat korang ke kami;)

Trip kali ni kami beli voucher di Matta Fair bulan9 tahun lepas. Check-in bulan 2. Sebaik tak expired lagi vouchernye. Tahun pertama pindah Perlis lagi dah bercita-cita nak stay sini. Kita cuti-cuti mesti la kene guna kaedah penjimatan kan. Resort ni every Matta Fair diorg join. Boleh dapat diskaun harga separuh dari normal price. Wajiblah grab!

Kami ingatkan perjalanan naik ke Puncak tu macam scary ke adventure, tapi ok je jalannye muat 2 hala cuma ada kadang-kala laluan yg kecil sedikit dan banyak selekoh tajam so kene extra carefull jangan nak merempit dan rajin-rajinlah bunyikan hon bagi alert.

Perjalanan dari bawah ke puncak mengambil masa dalam 20minit.

Kami pergi time weekend so sampai atas tu meriah la juga takdela krik krik. Ramai yang sahaja naik untuk ambil gambar dan melawat sekitar kawasan resort. Yang stay ade la beberapa family but tak seram pun la dok situ lagi-lagi bilik kami dekat dengan reception dan surau.

Executive room bilik 102 masuk masuk je terus excited nak p balcony tu.

Nampak baru , kemas , bersih dah terjaga bilik ni. Dok atas ni perlu nak berair-con la kipas je cukup. Memang sejuk. Lelagi malam. Macam Cameron Highlands.

Berdepan dengan katil ada sliding door ke bilik air

Sexy kan shower ni. Kami tutup lubang bawah tu jadikan ala-ala mini bathtub sambil merenung ke pemandangan hijau biru di balik jendela itu. So, kalau ade anak-anak tu biarkan je depa berenang bermandi-manda di situ. 

Di hening pagi dengan pemandangan yg breathtaking ni terus lupa nak p NZ. Malaysia pun boleh dari Perlis hanya sejam setengah je perjalanan. Kihkihkih. 

Ni pula macam ala2 Istanbul pula rasa. Mini cafe, 24hour kiosk dan reception counter berada di satu bangunan yg sama. Pagi petang ramai juga orang lepas dekat sini. Tapi by 7pm tu dah tutup. Takdan nak merasa. Kubah belakang tu adalah surau. Memang ada imam dan jemaah tetap di situ so every waktu solat akan berkumandanglah azan. SubhanaAllah...rasa die tu sayupp masuk ke hati. Bilik kami berdepan dengan surau tu. Besar cantik suraunye.

Puncak Kedah Restaurant nama diberi. Dari steambot, ala cart, western order je nak ape. Mee Rebus Tulang menu hot dekat sini tapi haritu kami tak order pulak. Petang hari check-in tu lepak2 minum dan esoknye brekfast dekat sini. Tak yah risau la kalau kelaparan dekat atas puncak Jerai ni. Wajib ambil port tepi tingkap ni supaya dapat tengok pemandangan luas terbentang depan tu. Terbuai-buai.

Ingat atas gunung takde swimming pool ka. Hehe. tak tau la air tu sejuk je suam-suam. Kalau mai dengan budak-budak family besar , request stay area sini ade pool dgn playground.

Selain tu, ada juga karaoke, indoor games center ( pool table, soccer game, badminton, ping pong dan video games). Outdoor activities pun ade ( archery, botanial park, paintball dan jungle trekking) Semua aktiviti semestinye berbayar lah. Buat family day pun suai kan.

Kalau suka view macam ni lagi clear dan nampak lautan darat luas banding bilik kami tu boleh request hat ni xtau type ape tp stat dari nombor 2** tak silap. 

986M dari aras laut


View waktu Maghrib. SubhanaAllah..

Malam baru nampak kabus dengan angin kuat. nasib mulut tak keluar asap je. memang jakun la kite feeling oversea. Hahah.

Yea..name resort ni The Regency Jerai Hill Resort. Satu-satunye resort yang ade di Gunung Jerai. 1nite stay berserta sarapan pagi RM200. Normal price RM300+ .Memang berbaloi-baloi lah dapat tengok keindahan pemandangan dari puncak waktu pagi petang dan malam rasa sejuk tenang nyaman segar mata.


The Regency Jerai Hill Resort
Jalan Kaki Bukit, Gurun Kedah
04- 466 7777



1 comment:

Ida Puanstoberi said...

Akak da lama teringin tau nak pergi sini.
Nak tgk lah nanti kat MF bulan 9 ni.
Tak plan lagi nak beli voucher kat mana lagi.
Yg MF bln 6 tu ari,abis da settle semua voucher kiterang redeem :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah