CHERITERA KAMI...: Tempat Makan Menarik di Penang- Part 2

May 16, 2018

Tempat Makan Menarik di Penang- Part 2

Dah baca dah ke belum yg Part 1? Kalau belum, baik korang baca dulu supaya cukup 1 cerita baru feel Penang tu membuak-buak gitu.

Okeyh, entry kali ni no nasi kandar anymore. Dah berapa kali makan, muak pulak rasa. Nak cari nak campur pulak la. Nasi campur kedai Melayu. Macam susah sikit kot ek nak jumpa dekat Penang. Ade tapi kene study dulu ke tanya-tanya orang Penang kot. Hurmm..

Agak excited bila google jumpa satu kedai nasi campur Melayu dekat Penang. Tersenarai antara kedai makan top. Masa ni kami ke Penang hari Jumaat. Hasben N plan nak solat Jumaat dekat Masjid Terapung Tanjung Bungah.So N pun google la tempat lunch best area berdekatan masjid. Sedang elok sangatlah sebab kedai ni terletak bertentangan sahaja dengan Masjid Terapung Tanjung Bungah.

Kedai Makan Lidiana

Kedai ni terletak di atas bukit berdepan Majid Terapung Tanjung Bungah. So, park je kereta depan kedai ni then boleh ke masjid. Kite la kene menunggu sudah solatnye tu tak menyabar nak check-in hotel sebab masa ni konon-konon orang tu nak surprise kite xbgtahu nak stay dekat hotel mana. Huhu. Eh..part ni kite cerita lain entry yek. Habiskan pasal makan dulu ni ha.

Serius ramai orang datang makan sini. Pelbagai kaum Cina, Melayu, India. Kereta keep keluar masuk kawasan parking tu. Pilihan lauk boleh tahan la jugak. Biasela kalau lauk banyak sangat pun pening tak tahu nak pilih yang mana kan. Heheh. Konsep sini, ambil makanan terus bayar yea.

Ni la jadinye bile semua lauk nak rasa. Lepastu tersandar dalam kereta sambil tunggu laki habis solat.

Kedai Makan Lidiana 
Medan Selera Tanjung Bungah
7am-9pm (Ahad Tutup)


Lepas dari Kedai Makan Lidiana ni menghala ke Batu Feringghi,ade beberapa stall tepi jalan dan pantai yang menjual laksa dan bermacam makanan. Tapi mostly laksa tu menu utama lah. So, korang boleh pilih je yg mana rasa nak try tu parking je lah kereta di bahu jalan. hati-hati ok area tu kereta bas banyak dan laju.Huh..

Bila makan mengadap laut ni makan ape pun rasa sedap sebab feel die lain macam nikmat:)

Masuk part dessert pulak, ada satu brand baru sampai di Malaysia dan salah satu cawangannya adalah di Penang. Yeah..di tengah bandaraya Penang. Yang baru ni haruslah cuba kan, nak rasa sedap ke idak.

Order sambil tengok depan mata macam mana proses penghasilan Rollney ini.

Rollney - idea berasal dari Hungarian pastries yang mana orang Hungary kan suka makan pastri ala-ala croissant etc tu. Masa kami datang ni memang baru lagi bukak kedai ni. Yg owner dan staff pun masih dalam proses nak sesuaikan dengan produk dan pelanggan.

Mesti korang tertanya-tanya kan macam mana lah rupa Rollney ni. Rollney ni mengandungi aiskrim dan connye daripada roti. Korang boleh tengok sendiri cara pembuatan dari A-Z di kaunter. Setiap minggu kalau tak silap perisa aiskrim tu akan bertukar-tukar. So, nasib kome lah masa datang tu ada flavour ape. Macam masa kami datang tu, ada perisa Strawberry dan Chocolate.

Kami pilih chocolate dan topping tu koragng boleh pilih 2 ke 3. Lupa pulak. 

Actually N nak perisa vanilla..iols kurang sikit aiskrim perisa lain. So, xboleh nak bagi markah penuh untuk ini plus rasa macam cepat muak. Hohoho

Rollney Penang
40, Lebuh Leith Georgetown
3pm-11pm (haritu pergi tenghari, ni bukak petang pulak)


First time stay dekat Batu Ferengghi haritu macam blur pulak nak dinner dekat mana. Cuaca pula hujan sejuk-sejuk malas nak p jauh. Cari kedai yang dekat-dekat je lah. Disebabkan konsep staycation masatu ala2 romatika de amour, so kami decide nak pergi sini.


Cantik restorannye. Malap-malap romantik sesuai juga nak bergambar dekat bahagian luar ni. Memang fullhouse malam tu. Omputih pun ramai. Kot korang nak feeling romantic dinner or any occasion boleh la datang sini. Servis pun bagus. 

Antara menu yang diorder. Lupa dah namenye. Rasa sos tu masam-masam sikit. Ok laaah..

Restoran Ferringhi Garden
Kampung Batu Ferringhi Penang
8am-12am
04- 881 1193


Lagi 1 kedai makan malam ni N jumpa masa survey2 dekat FB. Ramai yg rekemen kedai ni dan tak jauh juga dengan tempat kami stay di Tanjung Bungah. Kedai Melayu, ade seafood bakar2 goreng2 western semua la. complete pakej.

    Selesa, bersih. Senang je kedudukannye tepi jalan dari Tanjug Bungah menghala ke 
Batu Ferringhi. 

Sotong tepung tu MasyaAllah besaq nau kan. Versi Perlis punya sedap lagi tapi habis licin juga . Menu lain Tomyam, kerang sambal etc pun licin juga. Alhamdulillah masih kene dengan selera kami. Sedap juga. Kalau stay Ferringhi atau Tanjung Bungah, korang boleh masukkan tempat ni dalam list tau. 

Lan's Corner Ikan Bakar
Tanjung Bungah (selepas pejabat pos)
5pm-2am (Tutup Selasa)

Stop dulu edisi JJCM sempena menyambut Ramadhan esok. Biase kalau time Ramadhan ni blog pun puasa sama.Hahaha.InsyaAllah kalau mood mari, N share tempat-tempat yang kami pernah stay pula.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah