CHERITERA KAMI...: Tempat Makan Menarik di Penang - Part 1

May 6, 2018

Tempat Makan Menarik di Penang - Part 1

Tak sampai 2 minggu lagi bulan mulia Ramadhan menjelma kan. Makin hari makin kejap rasanye masa berlalu.So, sebelum puasa ni N cepat2 up aktiviti makan2 supaya nanti tak terliur teman nengoknye.

Sama seperti Ipoh, Penang juga tahun ni 3 kali kami menjejakkan kaki. Terkena sampukan nasi kandar gamaknya laki den. Selang seminggu die ajak p Penang. Orang cakap, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari kan kan. Hehhe. Dalam 3 kali tu 10 tempat makan yang kami cuba base on review orang Penang dan hasil google/FB. Disebabkan banyak, N seperatekan entry ni kepada 2. Korang wajib baca semua ok:)

Entry kali ni berasaskan nasi kandar dan mamak. Heheh.Kalau dekat Penang ni, mana boleh lari dari mamak kan. Banyak tempat makan meletop dekat Penang berkait dengan mamak. So, kalau nak try makan nasi kandar memang akan jumpa la dengan mamak Penang. Heh. Ibarat kata, ape makna ke Penang kalau tak makan nasi kandar.Gitu! Jom kite...

Bersemangat beratur dekat Deen Maju

Bila baca review kata sedap sedapp nak juga la try walaupun tengok line beratur tu menguji kesabaran kan. Alhamdulillah 30minit je beratur ni tak sampai berjam-jam macam orang lain tu. Masa kami sampai tu memang line belum panjang sangat dan cuaca pun alhamdulillah nampak panas tapi ada la angin-angin menampar muka. Di sini yang nak bungkus atau makan memang kene beratur. Kene sabar menunggu. Masa ni kami naik grab je so tak payah pening cari parking Hati-hati parking depan kedai, kaya bandaran haritu banyak kereta kene saman. Make sure korang cari kawasan parking yg betul yea.

Agak besar, bersih dan selasa juga dalam kedai Deen Maju ni. Meja makan insyaAllah sentiasa ada. 

Total RM20+ termasuk air. OK la kan dengan portion selambak ni. Kuah dieee memang power pekat!

Selain nasi kandar, ada juga nasi tomato dan nasi dalca. Boleh cuba yg mana berkenan di tekak.

Nasi Kandar Deen Maju
Jalan Gurdwara Georgetown 
230pm-11pm

Satu lagi nasi kandar yang selalu disebut-sebut ialah Nasi Kandar Deen Jelutong Memula den ingat sama adik beradik Deen Maju dengan Deen Jelutong ni, rupanya idak. Lauk dan rasa pun lain. So, korang jangan tertukar pulak yea.

Tak nak beratur lama, silalah datang sebelum pukul 12tengahari. Macam haritu kami sampai hampir-hampir waktu lunch. Masih tak ramai berapa ramai orang. Dalam 15minit je beratur. 

Tapi yg masalah sikit, tempat makan agak limited. Parking pun susah sebab kedai ni area shoplot yg sesak juga. Pepandai la kome. Eh. Penang ni mana tempat yg senang parking, banyaknye yg pening je ada lah. Thats why kami lebih prefer naik grab je bila pusing-pusing dalam Penang ni.

Tak sepower Deen Maju. Yg kurang pointnye lagi, pilihan lauk tak banyak.So cukuplah sekali ni je mai.Hohoho.

Nasi Kandar Deen Jelutong
Jalan Jelutong, Georgetown
24hours?



Tempat seterusnya ni direkemenkan oleh orang Penang. Kami memang no idea langsung pasal tempat ni sebab tak pernah perasan orang ada share di media sosial.

Restoran Tajuddin Hussain

Restoran ni dalam dua lot kedai takde rasa sesak sangat. Kalau nak datang makan di situ, korang terus je cari meja kosong. Nampak orang beratur panjang tu untuk yg tapau sahaja. Selain nasi kandar antara yg popular di sini ialah nasi tomato dan nasi minyak ek kalau tak silap.

Asyik makan nasi kandar je kan, so kami pun tukar selera order nasi tomato dan nasi minyak.

Total RM23.90

Konsep di Tajuddin Hussain ni lauk semua di hidang dalam mangkuk asing-asing macam dalam gambar atas tu. Rasa kuah lain dari kedai nasi kandar biase kite pergi. Kuah dia ada rasa manis dan tak pekat sangat. Just nice! Padan la kedai ni popular di kalangan warga Penang. So, kami boleh dah la consider jadi warga Penang ni.Kihkih..

Restoran Tajuddin Hussain
Queen Street Georgetown
11am-330pm / 630pm-10pm


Asyik cerita makan siang je, takde dinner ke?Mesti lah ade. Name je kenyang giler lepas makan nasi kandar selambak tu tapi bile time malam tu dah jalan-jalan perut tetap minta di isi. Tempat ni pula kebetulan ktorang jumpa lalu tersinggah. Jadilah tempat makan malam pada haritu.

Popular kan Sup Hameed ni, memang ada dalam list must go tapi tak sangka la pula die ade konsep food street macam ni. Dekat pula tu dengan hotel yg kami stay , Kelantan House.

1 set share berdua menambahkan hangatnya cinta macam sup tu makan panas dah la pekat.Walaa..

N order nasi goreng ayam bungkus untuk makan dekat hotel esoknye buat sarapan sebab hotel takde sediakan sarapan. Elok sedap banyak pula tu portionnye. Berebut pagi tu makan 2orang, lenkali order sorang satu;p

Psss...nak tau lagi tak mana tempat makan yg kami pergi lagi?Next entry pleaseeee;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah