CHERITERA KAMI...: Pawana Jerai Resort

May 20, 2018

Pawana Jerai Resort

Salam 5 Ramadhan!Puasa penuh tak setakat ni?Ke ada yang dah raya tu. hehe. Selamat berpuasa semua semoga kita kuat dan gigih mengambil berkat dalam bulan mulia ini. Tengah sindrom nak mengupdate blog kononnye ni. Harini nak share tempat kami staycation dekat Yan, Kedah bulan Januari haritu.

Sebenarnye plan nk pergi sini bulan 9 ke 10 tahun lepas tapi sebab time tu cuaca tak mengizinkan dan banjir pula, tak berani la nak ambil risiko dah la tempatnye tepi laut. Dah bayar deposit dah, N cakap dekat owner tu deposit simpan nanti saya pilih tarikh lain. So, tunda punya tunda pergilah juga. Itu pun masa tu cuaca mendung, memang berdoa je janganlah hujan keluarlah matahari. Sebab dekat sini yang menarik dan wow factornye ialah sunset. Tak lengkap lah kirenye kalau stay sini tapi tak dapat tengok sunsetnye.

Langit mendung menyambut ketibaan kami. Sebelah kiri gambar ialah deretan bilik yang terdapat di Pawana Jerai Resort.

Sebelum masuk bilik, kenelah register dan ambil kunci dulu.Simple je kan reception cum office.

Dekat sini tak silap ada 2 bilik family dan 3 bilik deluxe. Memang tak banyak unit pun. Kalau kene time kami check in haritu, kami dua je check-in masa tu sebab weekdays tapi kalau weekend tu selalu fullybooked.

Deluxe Room bilik no.1. Minimalist sahaja deconye tapi selesa dan luas.

Yang penting seaview. Baring sambil cuci mata tengok laut luas terbentang.Ini lah antara faktor utama kenapa kami pilih stay di sini.

Belakang dari katil tu ade ruang wardrobe dan juga bilik air. Feeling dekat kampung pula bilik air bersimen macam tu. Bilik air pun luas muat la kalau nak pasang bathtub tu.Hehehe

Pasrah tak pasrah juga la masa ni mengharap moga-moga dapat tengok langit jingga. Pantai dekat sini jenis berselut. Nak mandi tu tak berapa la sekadar celup-celup kaki.

Alhamdulillah...di penghujung petang tu tertunai juga hasrat di hati. Sesungguhnya DIA Maha Mendengar Maha Mengasihi kan. Walau kejap je dah senyum sampai telinga.

Sambil dinner sambil layan sunset pula tu dikira bonus kan

Di Pawana Jerai Resort ni ada Pawana Sunset Cafe untuk guest dan juga orang luar. Dibuka dari petang sampai malam. So time tu agak happening sikitlah dekat sini. Kalau lapar jangan risau sebab cafe ni sebelah je dengan bilik. Masa kami datang ni ada menu western je tak banyak pilihan tapi sekarang dah ada goreng-goreng. Kalau nak buat bbq pun boleh in group.

Beef steak dengan Chicken Chop. 1set include air RM10.Hurrm...rasa so so je lah portion pun sedang-sedang. Boleh diperbaiki lagi.

Hammock ni betul-betul sebelah bilik. Nampak tak siapa yg gembira itu;)

View belakang resort dan kawasan parking. Nyaman , sejuk mata. Ni nak pergi cari sarapan. Sarapan tak disediakan di sini. Ada kedai sarapan sedap tak jauh dari resort.Nama lupa, kami tapau je sebab tempat penuh ramai orang.Hohoh..

Nice place untuk photoshoot. Dekat sini juga ada sediakan perkhidmatan bot kalau korang nak ke Pulau Songsong atau memancing.

Dengan harga RM150 1malam kire boleh la kan. Sunset dari tingkap bilik je. Cumanye, hasben N cakap kalau boleh jangan ambil bilik no.1 tu sebab dekat dengan cafe so bila malam agak bingit sikit dan kurang privacy. Tapi bilik tu yg view lapang depannye. Haha. Ikut la mana nak.

Segala urusan booking dan pertanyaan wassap sahaja pada no. h/p di bawah. Tempat ni sesuai untuk shortgetaway hujung minggu tak tahu nak jalan mana kan sambil pergi shopping ikan bilis di Tanjung Dawai tak jauh pun dalam 16minit.


Pawana Jerai Resort
Persisir Pantai Kampung Ruat Yan Kedah
019- 630 4799 (En.Yani)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah