CHERITERA KAMI...: Tempat Makan Menarik di Ipoh

May 2, 2018

Tempat Makan Menarik di Ipoh

Untuk 5 bulan pertama tahun 2018 ni dah 3 kali kami menjejakkan kaki di Ipoh. Satu tu memang saja nak mai, satu lagi sebab ada hal dan yang latest last week sebab ada kenduri kawin. Selama 3 kali datang ni, ada la beberapa tempat makan yang kami berjaya jejaki. So, N rangkumkan sekali dalam 1 entry untuk senangkan kome membaca;)

Tempat yg berjaya menjuarai tahta hati kami setakat ni sampai dah 2 kali mai datang makan malam dekat sini.

Miker Food Padang Ipoh

Kedai ni memang terletak di tepi Padang Ipoh. Setiap kali datang memang ramai je orang tapi jangan risau sebab servis diorang bagus dan laju, energetik dan murah senyuman. Keep it up bro!Pelbagai pilihan makanan ada dari tomyam, goreng2, western dan pizza. Dari info dan pemerhatiaan kami, western, pizza dan tomyam kelapa ialah pilihan makanan paling femes di sini.

Chicken Divan ini adalah sedap!Silalah order

Pepperoni Chicken Pizza RM16, rotinya nipis kesukaan laki hamba. Sedap juga!

Miker Food
Jalan Padang Ipoh
Tutup Isnin

Ade 2 tempat ni N selalu stalk dekat IG die sebab layout and konsep depa memikat di hati. Sis suka konsep klasik traditional rumah-rumah lama ni feeling kampung. So, memang masuk dalam list nanti pergi Ipoh mesti terjah sini. Kedua-dua tempat ni pula rupanya bersebelahan je. Tak pasti pula mereka ni adik bradik lain mak ayah ke macam mana. Tapi konsep memang lebih kurang. Lepastu orang boleh parking dekat sini utk ke sebelah. Ha..gitu. Sedara mara la kot no.

Selamat datang ke Karat Cafe!Rumah melayu lama di jadikan sebagai restoran

Makan pun dalam suram-suram lampu minyak tanah gitu kononnye

Chicken Balck Paper..hurrmm.. agak mendukacitakan sebab macam nampak tak menarik.ohoho

Satu lagi order Spagheti Oglio, hasben kite kata xberapa panas. Jadinye kami macam xberapa nak bagi markah bagus dekat sini. Mungkin order makanan yg salah kot. Tapi korang boleh la try sini order nasi goreng-goreng ke maybe that is their specialities.

Karat Cafe
Jalan Sultan Abdul Jalil
Buka Setiap Hari ( 5pm-12am)

Ini pula jiran sebelah Karat Cafe tadi. Lebih kurang ala2 kan konsep diorang. Kalau buat joget lambak tengah tu mesti havoc;p

Tapi dekat sini pilihan menu nya tak berapa banyak. So, kami order western juga

Menarik la sikit rupa macam ni kan. Tapi dari segi rasa boleh laaahhhh

Thumbs Cafe
Jalan Sultan Abdul Jalil
6pm-1am (Tutup Selasa)


Kedai seterunya ini rekemen by adik ipar dan diperakui oleh mak mertua. Sebab depa kata sedap sedap. Lalu kami pun terjebak juga lah nak try.


Laksa sarang telur dan coconut shake


Nama komersialnya Laksa Saranghae. Laksa diinovasikan baru buh pula telur sarang tu kan. Tu je la specialnye tapi bagi kami kene dengan tekak. Conout shake tu pun sedap juga. Selain menu ni, ada juga menu-menu lain boleh order. 

Laksa Saranghae Manjoi
Jalan Merak, Kpg Dato Ahmad Said (dekat Giant)
430pm-11pm (Tutup Ahad)

Masuk bab makan tenghari memang macam blur sikit, so N mintak info dari orang Ipoh. Ni antara yg dimasukkan dalam list. Nasi Ayam je pun tapi kalau hainan ni kan die lain sikit dari nasi ayam biasa kan. Korang memang kene try nasi ayam dekat sini. Masa kami makan , ramai juga orang tempatan yg datang. Kirenye bukan sedap di mulut orang luar je. Memang kene la dengan selera kami. Nak dapat parking area depan kedai agak susah, korang kene pusing-pusing sikit.

Sambal tu yg kick. Menambah2 sambal tu xcukup semangkuk kecil. Ada banyak pilihan makan lain. Next time boleh cuba yg lain pula.

Ipoh Hainan Chicken Rice
Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa
1030am-10pm


Salah satu makanan terkenal di Ipoh ialah Nasi Ganja. Nasi Ganja yg original yang kene beratur panjang ni terletak dalam kedai nam Yong Suan. Nama je Cina tapi yg jual tu mamak, kira depa tumpang kedai tu lah. 

Masa awal-awal tu xtau yg kalau nak makan dekat situ, xpayah pun beratur. Terus amik tempat duduk nanti depa amik order. Yg beratur ni utk yg nak take away.

So, korang kalau nak makan dekat situ, terus masuk dalam cari tempat duduk ok. Tapi susah juga bile ramai orang, akan kene share-share la dengan orang lain macam kami haritu. Satu meja kongsi dengan ada brother sorang tu memang orang Ipoh, selalu lunch dekat situ katenye. Wajib!

Wuish..berbunyi terus perut bila tengok gambar ni. Nasi Ganja Ipoh tak sama dengan Nasi Ganja Perlis dan tak sama dengan Nasi Kandar la kan semestinya. Mai Ipoh wajib try ok

Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan
Jalan Yang Kalsom Taman Jubilee
930am-6pm 

Antara port lepak popular di Ipoh alang-alang berjalan area Muzium Yasmin Ahmad atau art street di Ipoh, boleh la singgah di Plan B. Dekat KL pun ade kan, tapi pernahnye singgah. Sini macam lagi cantik konsepnya tapi haritu kami minum2 je legakan tekak. Panas juge Ipoh dah la kene saman parking. Haha. Hati-hati ok parking di Ipoh!


Plan b
Jalan Panglima
10am-11pm

Kalau sarapan pula sebab stay hotel jarang la p sarapan dekat luar. Tapi ada sekali tu sebab stay dekat tempat yang tak sediakan sarapan, jadinye kami pun keluarlah mencari. Nasib baik dekat je dengan Stadium Ipoh tu. 


Dari awal sampai hujung nun ada banyak pilihan sarapan, pilih sahaja mana berkenan di hati. Konpom balik dengan perut kenyang hati senang


Kedai pilihan kami, tapi tak ingat nama ape. Tengok macam meriah je kedai ni. Lama tak makan nasi lemak daun pisang. Sedap!

Sarapan
Stadium Ipoh


Fuhhh...dari sarapan membawa ke makan malam. Dari nasi lemak,laksa  ke pizza semua ada. Next time kalau pergi Ipoh lagi, kite share lain pula;)

Korang kalau ade, tempat makan yg best2, drop lah komen bawah ni

2 comments:

Ida Puanstoberi said...

Hehehehe...
Semua akk tak pernah try.
Sbb balik kg mesti makan kt rumah.
Tapi, nanti nak try gak lah jjcm area ipoh nih.
:D

MrsEnoxis said...

Perghh..Terliur tengok makanan semua, lagi2 laksa sarang telur tu. Teringin sangat nk try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah