Sebelum check-in singgah minum air kelapa dulu. Tak sampai setahun tak mai sini, terasa maju dah sebab dah banyak gerai-gerai bukak tepi pantai dan tourist pun ramai singgah sini. Jadi riuh rendah sikit tapi harap-harapnye tak terlalu membangun macam Cenang, kalau tak mana lagi tempat ktorg nak lepak dengan tenang.Sob sob...
Elok pula cuaca petang tu, memang sesuai sangatlah untuk mandi-manda. Lepas keteringinannye
Sebelum aktiviti mandi-manda tu, sempat kami ke Pantai Pasir Hitam. Terletak tak jauh pun dari Tanjung Rhu , kurang 10minit perjalanan. Sebenarnya, dah tahu lama dah pasal Black Sand Beach ni cuma asyiklah lupa nak p.
Stair to the heaven!Nak turun ke pantainye ada kawasan parking awam dan tempat jual souvenir. Agak krik-krik sikit tempatnya tapi ada la orang.
Inilah rupanye Pantai Pasir Hitam. Terjadinya pantai ni berwarna hitam sebab mmm..ada disertakan cerita dari segi sains dan mitosnya. Itu korang kene mai sini baca sendiri info yg disediakan eh.Heheh
Balik dari Pantai Pasir Hitam, singgah pasar malam dekat bulatan Tanjung Rhu tu. Tak pernah pergi pasar malam di Langkawi nak try ape yg best. Beli makanan ringan-ringan je sebab malam tu keluar dinner di Telaga Walk.
Keesokkannye, sebelum balik kami singgah 1 lagi pantai yang buat kami macam wowwww..ok!dah jumpa pantai best untuk piknik next time.
Pantai Pasir Tengkorak
Kedudukannya agak jauh ke dalam. Kalau dari Tanjung Rhu dalam 25minit. Tak panjang pun kawasan pantainya berteluk. Masa kami sampai tu, ada beberapa family orang tempatan tengah piknik. Syok pulak tengok!Kawasan parking free, ada tandas disediakan tapi takde orang jual makanan minuman. Maybe sebab kedudukannya ke dalam. Kalau nak syok lagi korang stay je dekat The Datai atau The Andaman sebab tu pantai diorang cantik dan exclusive kan kene la dengan harga. Very the privacy.
Sedap pijak pantainya tak mendap, laut pun lebih kebiru-biruan berbanding pantai lain. Nasib pikir nak balik je jap lagi, kalau tak memang ada yg masuk dah dalam laut tu. Next time!Next time!
Kesimpulanya, kali ni dah macam ala tour the pantai de Langkawi pulak kekdahnya kan. Ni la bila pergi tanpa plan kite main redah je. Alhamdulillah..besar nikmat Allah beri.
1 comment:
Macam tak lepas mengidam tu
Post a Comment