CHERITERA KAMI...: Lagi Tempat Makan Menarik di Langkawi

Apr 24, 2018

Lagi Tempat Makan Menarik di Langkawi

Nak fikir tajuk entry pun tak tau nak letak ape sebab dah ade few entry N post pasal Jalan-Jalan Cari Makan Langkawi atau Tempat Makan Menarik Langkawi. Tu yang letak Lagi tu. Sok sok kalau pergi lagi kite letak lagi dan lagi la kot. Haha. 

Al-kisahnya last weekend, orang sebelah tengah mood kaki gatal cuti nak berjalan je, kite layan kan je lah. Kang rugi, dok umah die tengok die kang cakap bosan pula. Sesampai je dekat Kuah kami pusing-pusing dulu dekat Cenang dengan Pantai Tengah saja la cuci mata tengok ada tempat best tak nak menginap yang baru-baru. Dekat Pantai Tengah tu giler banyak hotel-hotel tengah rancak membangun. Tunggu je la promo nanti:)

Sebelum solat jumaat dan terus ke Tanjung Rhu, kami singgah lunch di Jom Ikan Bakar dekat Beras Terbakar.

Antara kedai makan popular di Langkawi. 

Beratur pilihan lauknya, ada bakar-bakar juga. Air pula free flow.

Tapi kalau korang mencari kerabu bronok, dekat Jom Ikan Bakar ni memang takda.Makcik tu cakap, diorang memang tak buat. Selesa, bersih dan senang parking dekat sini. Harga pun berpatutan.

Jom Ikan Bakar Padang Matsirat
10pagi-5petang


Malam pula kami dinner di Telaga Walk. Tengok lately ni ramai share pergi sini. Tarikan baru di Cenang. Not exactly dekat Cenang tapi dekat la juga kalau korang nak keluar sikit dari sesak-sesak Cenang tu boleh la mai sini. Walau banyak lagi kedai belum buka, tapi menarik la juga aktiviti untuk keluarga dan anak-anak.

Bukan budak-budak je, mak ayah budak pun join ni

Di Telaga Walk juga ada medan selera yang bersih dan selesa. Ada pelbagai pilihan makanan. Kami lupa nak amik gambar rupa medan selera tu.Huhuh. Rambang mata nak pilih menu apa. Ada dari vege, arabic, local dan western.



Malam tu sejuk sejuk hujan renyai pulak, so kami order tomyam campur dan nasi goreng. Tak menyesal order, sedap bangat sih! Besar portion tomyam tu RM18, puas hati la makan. N order air mocha blended no cream pun sedap!Cuma manis lebih skit.

Telaga Walk Cenang
4petang - 1pagi

Esoknya sebelum balik, misi lepas mengidam kerabu bronok diteruskan. Kalini cuba kedai lain pula, Restoran Siti Fatimah. Kedai ni popular di kalangan penduduk Langkawi. Terletak tak jauh dari Tok Senik Resort memang dalam kawasan kampung. Feeling kampung sikit makan dekat sini.



Pilihan lauk yg ada, walau tak sebanyak Kak Yan dan Jom Ikan Bakar tapi still pening nak memilih

Sampai-sampai terus cari yg ini. Kejap je licin kerabu ni. Memang kegilaan ramai.

Kata owner kedai, memang menu kerabu bronok ni ada hari-hari.InsyaAllah. So kalau teringin nak makan/rasa, boleh try sini. rasa kerabu die agak kuat berbanding dekat Kak Yan. N rasa N prefer dekat sini lagi.

Lagi eksotik, kenelah rasa Sup Gamat RM5. Tapi sebab perut dah penuh, next time la kot kite try. 
Kot boleh telan ke idak.Huhuh.

Restoran Siti Fatimah
Jalan Kampung Tok Senik, Ulu Melaka
8pagi-3petang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah