CHERITERA KAMI...: Ke-lan-tan House di Penang

Mar 26, 2018

Ke-lan-tan House di Penang

Bercuti di Penang tapi menginap di Kelantan berkonsepkan Baba dan Nyonya. Haaaa..camna tu.
Disebabkan bercuti musim Chinese New Year, kami pilih tempat menginap yang berkonsepkan chinese atau ala2 baba dan nyonya gitu. Baru la feel raya gitu kan. heheh

Kedudukan rumah ni tersorok sedikit dari kesibukan kota  dan berdekatan dengan kawasan perumahan. Tapi takdelah jauh pun dari kawasan tempat makan yang menarik. yang ni kami share next entry okeyh.

Selamat datang ke Ke-lan-tan House Penang

View gambar di atas di ambil dari pintu utama masuk ke rumah ini. Tapi kanan adalah ruang receptionist yang simple dan pintu kayu hujung tu adalah bilik kami.hahah. Yeaa..bilik kami sebelah je dengan reception. Terasa sangat di sayangi dan dijaga di situ. Masa memula dia cakap bilik di situ. N terus rasa macam erk..biar betui sebelah kaunter je. Tak selesanya. Tapi itu pandangan pertama je.
Jom masuk tengok bilik dulu.

View dari pintu masuk. 2 katil single tanpa sebarang bantahan. Hihih. Dah bilik ni je yang tinggal pun masa booking tu. Tapi feeling die masa memula masuk ni macam wowww nice juga. Not bad!

Simple tapi selesa. Dari bantal, tilam, kipas aircond, tv yang basic semua ada. Bersih dan kemas. Mostly perabot semua dari kayu yang kukuh. Bilik tengok tingkap dengan pintu tu memang rasa macam dekat kampung. Rindu Melaka aih!

Ok. pasal bilik air ni masa dalam train baca review baru perasan toilet die terletak di luar bilik tidur. Tapi jangan risau bilik air tu tak berkongsi dengan orang lain. Diberi sekali kunci bilik air berserta dengan kunci bilik tidur. Jadi, jangan takut la kalau orang lain masuk bilik air kita tu.

Begini lah rupa di dalam bilik air. Nama bilik air tu sama dengan nama bilik tidur masing-masing. Sedang elok je la size bilik airnya. Water pressure memang best cuma ada bau yang kurang senang sikit. Bau longkang dari belakang rasanye. yealah kawasan rumah kedai lama kan. 
Sebaik baunye kadang-kadang je. 

Amoi tunggu tetamu nak mai raya nak bagi angpow sama limau. Heheh. Rumah ini tidak menyediakan sarapan pagi. Ruang terbuka belakang tu macam mini pantry untuk korang nak buat air panas ke nak lepak2 santai makan biskut cicah kopi o kaw pun boleh.

Kalau tak silap, tak sampai 10unit bilik pun di dalam rumah ini. 2 di bawah dan selebihnya di tingkat atas. 

In love sangat dengan interior rumah ni. Port feveret guest untuk ambil gambar. Port feveret kami juga;)

Kalau korang inginkan pengalaman yang berlainan , pengalaman menginap di rumah baba dan Nyonya, part bilik air di luar tu teringat zaman dok asrama dulu,. So, boleh la try stay dekat sini.
Harga 1 malam RM146.71 via agoda.


Thanks Ke-lan-tan House memberi kami 1 pengalaman baru. Semestinya kami suka:) 


Ke-lan-tan House
Jalan Kelantan, Georgetown
04-229 5993


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah