CHERITERA KAMI...: Jalan-jalan Penang dengan public transport

Feb 19, 2018

Jalan-jalan Penang dengan public transport

Jumaat lepas ialah hari semua orang cuti kan. Cuti sempena Gong Xi Fa Chai. Partner kite pun memang selalunya Jumaat ialah hari cuti beliau dan kebetulan pula Sabtu the next day tu kerja petang. So, ada lebih kurang sehari setengah cuti without apa-apa plan in advance. 

Pagi Jumaat tu kami kemas-kemas rumah. Sorang mengemas meracun rumput rumpai dekat luar, sorang lagi menyental bilik air dan vacum ape yang patut. By 11pagi tu macam dah tugas masing-masing lepak tengok tv. Tiba-tiba orang tu cakap, " Cuba tengok hotel dekat Langkawi". Dia tak tahu yang bini die ni dari awal dah godeh-godeh dah Agoda, Traveloka, Booking.com bagai tu.Mostly hotel dekat Langkawi fully book. Penang adalah pilihan seterusnya. Tak Langkawi , Penang la pun pilihan yang ada.

Sambil partner kite survey hotel, N pun stat la packing barang. Nengok gayanya memang sungguh nak p cuti-cuti tu. Sementara mood die ada, baik kita layankan. hahah. Dah siap semua, kami parking kereta dekat KTM Arau. Luckily ada satu parking kosong berdekatan dengan stesen. Kami naik train pukul 12.45tenghari. Perjalanan train mengambil masa dalam sejam setengah. Orang tu teringin nak naik feri. Last kami naik feri tahun 2011 kot. Ok, kite layankan je lah. Biasenya kami turun dekat stesen KTM Bukit Tengah tapi sebab nak naik feri, kami turun dekat KTM Butterworth. Tambang tiket RM.950 seorang sehala.

Sampai di KTM Butterworth pukul 2.15petang. Kita follow je crowd yang ada tu. Rupanya ada FREE shuttle bus ke terminal feri. Sedang elok pulak bas memang tengah standby nak gerak. Fuh.padat aih dalam bus!Bas akan berhenti kan kita di bahagian bawah terminal dan korang kene berjalan naik ke bahagian atas untuk beli tiket dan tunggu feri. 

Turun je di KTM Butterworth korang jalan menghala ke bus stop depan stesen. Ada sign tulis "FERI"

Agak memusing jalan dari bus dekat bawah nak ke kaunter tiket feri tu. Lepas beli tiket, korang tunggu dekat kerusi tepi tu sampai staff buka laluan untuk masuk ke feri.

Harga tambang feri - Dewasa RM1.20, kanak-kanak RM0.60

Alhamdulillah lepas je beli tiket tu, dah terus boleh masuk feri.

Welcome to Penang!Excited hakak tudung putih tu kan:p

Happy us!Lets explore Penang lagi dan lagi:)

Sampai di seberang, amik Grab Car pula ke next destination, perut berbunyi dah.

Nanti kami sambung cerita mana tempat kami pergi sepanjang short trip ni k. 


1 comment:

Azhafizah Md Nor said...

sesekali menggunakan perkhidmatan kenderaan awam pun satu pengalaman best juga kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah