CHERITERA KAMI...: Tempat makan menarik di Langkawi

Nov 1, 2017

Tempat makan menarik di Langkawi

Bulan Feb 2017 pergi Langkawi, bulan Mei 2017 repeat lagi sekali stay di tempat yang sama De Balqis Tanjung Rhu . Tak menahan dok teringat je ketenangan di tepi laut, tu yang p lagi. Tu la last sampai la ni, xdak repeat lagi. Kite tunggu tuan boss kata On, zasss kite siap!Kohkokoh (kenyit-kenyit mata sikit)

Disebabkan stay tempat yang sama, so takde la review pasal chalet tu korang boleh baca dekat link atas nun. Jadinya kami cari dan try pula tempat makan lain.Sesampai je dari jeti Kuah , hujan la pula. Tapi alhamdulillah plan nak lunch di Cenang cuaca elok sempat la singgah kejap jejak pantai Cenang. masuk 3 kali p Langkawi tak pernah lagi jejak pasir Pantai Cenang tu. 

Tengahari terik jadila amik gambar kejap

Plan lunch dekat Seashells Restaurant Cenang, tengok dekat FB dia kata pukul 12 Open, kami sampai pukul 1230 depa habaq pukul 1pm baru bukak. Ish ish ish. Tu yang lepak tepi Pantai Cenang dulu. Dah pukul 1pm p balik dekat Seashells Restaurant tu tengok dah start ramai orang. Sabaq je la. Dah sampai sini kene la feeling makan dalam pondok ala-ala tepi sawah. Nasib baik ada 1 pondok kosong lagi.

Seashells Restaurant Cenang

Tengahari memang panas la kan. Setiap pondok tu ada disediakan kipas takda la makan sambil kesat peluh. Pondok-pondok ni ada la dalam 7 unit macam tu so siapa cepat, dia dapat. kalau pondok penuh, korang boleh je makan dekat restaurant cumanye feeling tu kurang la yea dak.

Kami pilih set yang ini. Ada ikan, daging, ayam dan tak ingat lagi pilihan atau side dish lain. Semestinye kami pilih ayam!:)

Set Ayam Rendang. Memang banyak untuk 2 orang ni. Nasi tu macam nasi minyak sikit.Takda la umphh sangat sebab pakej sekali dengan sawah padi tepi pondok jadila macam sekali je la datang ni rasa cukup dah.

Itu main buildingnya. tak dapat makan dekat pondok, makan dalam tu. Ada persembahan tarian traditional lagi, terasa persis tourist.

Overall makanan ok ok je la. Actually pondok yang kami makan ni tak berkemas lagi, kami kene tunggu staff tu kemas. Die dok cakap la, staff yang keje malam tadi tak kemas sebelum tutup kedai tu yang rushing haritu. Kesian juge dekat adik tu tengok die yang kemas amik order kehulur kehilir. So, pengurusan kene amik serius lah tempat dah viral, kene la jaga elok.

Restaurant ni sebelah je dengan Muzium Laman Padi tapi kami tak pergi pun. Datang makan , dah kenyang terus ke Tanjung Rhu check in.Panasss!

Malam pula cari tempat makan malam yang lain dari haritu dekat Tanjung Rhu. Pusing-pusing akhirnya kami decide makan dekat area bulatan Tanjung Rhu. Kawasan situ ada beberapa kedai.

Kalau dari Tanjung Rhu amik nombor 2 tengok belah kiri, nampak kedai ni. 
Betul dah tu.Kedai tiada signboard.

Tomyam itu adalah sedappp!

Esoknya pula lepas check out mestilah mencari tempat lunch. Masa datang dah aim dah kedai makan ni sebab ramai dah orang review kebetulan memang lalu pun kedai ni.

Restoran Kak Yan Nasi Campur

Terletak di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong kedai tepi jalan besar, senang nak parking. Memang ramaiii sangat orang stop lunch dekat sini orang luar mahupun orang tempatan.

Pilihan lauk yang banyak, ada juga bakar bakar. 


Inilah yang istimewa di sini, Kerabu Bronok.


Bronok ialah makanan eksotik di Langkawi tak semua kedai ada. Nak tahu macam mana rasa bronok ni, kene datang Restoran Kak Yan. Bronok adik bradik gamat dan cara masak tak boleh  dikenakan haba. So, menu dia ialah kerabu je la. Potong kecil-kecil campur sayur mayur. Hahah. Kami boleh menambah siap tapau lagi Kerabu Bronok ni. Kene la dengan citarasa. Tapi nak explain rasa macam mana tu susah. Korang kene try sendiri.


Nasi Dagang Pak Malau :Nasi Dagang Pak Malau
Part II  : Sedap di Langkawi
Part III : Makan di Tanjung Rhu
Part IV : Lagi Tempat Makan Menarik di Langkawi

2 comments:

Zie Azi said...

adehhh.. dah la blom lunch lagi.. terus lapar pewut nihahaa

Azhafizah Md Nor said...

Macam best je makan kat Seashells Restaurant Cenang tu duduk pondok kat sawah. Menarik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah