CHERITERA KAMI...: Restoran Authentic Thai di Alor Setar

Oct 2, 2017

Restoran Authentic Thai di Alor Setar

Sejak duduk Perlis ni dah tak terkira berapa kali datang Alor Setar. Yealah Perlis setakat ni takdak shopping mall, so kalau boring ka nak tengok wayang nak ubah selera memang Alor Setar atau Aman Central Mall la jadi pilihan sebab itu yang terdekat kurang sejam dari Perlis.

Tapi bila dah selalu p Alor Setar, masalahnya tak tahu nak makan dekat mana. So, ada kawan la suggest 1 tempat makan authentic thai ni. Sedap katenye tapi harga agak pricey. N memang dah baca lah review die lama dah cuma tak berkesempatan nak ajak cik B try sini. Sempena menyambut ulang tahun ke7 kami, N ajak la cik B ke restoran ni. Sekali sekala makan malam yang exclusive la sikit kan.

Tak jauh pun restoran ni dengan Royal Signature Hotel yang kami stay tu. Dalam 5minit sahaja. Dekat sangat kan??

Medina Thai Palace (ihsan Google)

Bila masuk dalam restoran ni memang feel berada di Thailand tu terus merasap. Dengan dekonye, muzik background macam dekat spa, bunyi air kolam ikan tu lagi. Ha..sangat mendamaikan untuk korang makan bersama yang tercinta seisi keluarga.Hiperbola pula bunyinye meresap siap.Tapi betul tau, jujur tak tipu feeling tu memang ada.

Menu utama dah kalau restoran thai apa la maknanya kalau tak order tomyam. Dari warna tomyam tu pun dah menunjukkan tomyam itu kawwwww!

Sotong goreng tepung. Sorry,kureng!Orang Perlis lagi hebat belaka masak sotong tepung ni. Nak makan sotong tepung sedap, jemputlah ke Perlis;)


Masa dapat menu ni terkejut .Terkejut sebab macam salah je order.Hahah. Ayam Pad Phet ni ada satu sayur ape ntah dalam tu buat rasa die lain macam sikit. Sebab dekat Padang Besar pernah order sekali. Tapi tuela masa order dekat sini, lupe. Bile dah dapat tu baru teringat. Jenuh juge la nak menghabiskan. Tapi takdak la tak sedap, tekak masih boleh terima. Cuma kene makan slowww sikit.

Bagus servis di sini. Tanya je la ape pasal menu tu depa jawab , kita paham. Pastu die advice kan la banyak mana untuk kami 2orang. Makanan tak tunggu lama. Portion ada size Small, Medium, Big. Semua kami order Small tapi still banyak macam makan 4-5orang. 

Percaya takkk??banyakkkkk kan!Meletop perut dibuatnye. Nasib baik tak order ikan.Hahaha

Memang tak dapat la nak habis semua weh. Terpaksa take away. Nasi tu ade sikit, depa toupkan kasi tapau sebekas. Terharu perut kita.Hehehe. Sesambil makan tu kite toleh2 juga meja berdekatan, ramai juge yang order dessert. Macam sedap la pula tengok. Tapi mampu tengok je la. Gila nak tambah order. Ini semua nafsu semata.Hahaha. So, kene la datang lagi nanti nak try dessert pula;p

Pelanggan datang setiap masa, tak penuh tapi ada je yang keluar masuk. Maksudnye menepati citarasa ramai la kan.Restoran ni pun besar. Ada ruang private kalau nak buat event. Parking pun senang tu antara plus pointnye juga.

Berapa total semua menu di atas??RM92.00 tunai.bayar pejam mata je la. sekali sekala dibenarkan. kalau selalu, belum tengah bulan dah minum air kosong.cepat sikit kurus.Hahha


Medina Thai Palace
Taman Tunku Majid, Alor Setar
04-730 4071

3 comments:

mama tisya said...

tomyam tu nmpk mengiurkan...rege bole tahan mahal tu

Azhafizah Md Nor said...

banyak betul portion dia tu..berbaloi lah kot dengan harganya kan

Zie Azi said...

huwaaa tak boleh blah gan tom yam tu... sy mmg favorite tom yam.. sotong goreng tepung nmpk temping sangt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah