CHERITERA KAMI...: September 2017

Sep 29, 2017

Royale Signature Hotel, Hotel baru di Alor Setar

Setiap kali September , kalau scroll FB tu memang ramaiii sangat yang sambut Anniversary. #bulancinta sama la dengan kami. Ade ke reader kami yang geng??Seppp skit!hehehe. Kalau dah biase follow blog ni mesti dah tau dah confirm ade plan mana ni. Haha. Uols tahun ni kami bersederhana je. Bersederhana tapi tarikh2 istimewa macam ni wajibla disambut. Sambut la macam mana pun janji have something beautiful to remembering. Setuju?

So, plan kali ni agak last minute. Sebab asalnya nak ke lain tapi dengan keadaan cuaca tak mengizinkan dan banjir, so cancel. Survey dan booking hotel ni pun lagi 2 3 hari sebelum. Nasib la ada hotel baru buka dekat Alor Setar dan tengok macam mengujakan. Kalau tak , pening juge hakak nak pikir ke mana kite kali ni sebab cik B die bab camni memang serah ke kite. Dia tukang filter bajet je.Kikiki..

Welcome to Room No. 8243. View dari pintu masuk. Sebelah kiri, ada almari yang besar dan cerminnye sepenuh pintu memang tak berebut cermin la. Boleh lupa pulak nak ambil gambar di situ. Dalam almari tu complete dengan iron & iron board, bathrobe, selipar. Sebelah almari ada coffee making fasiliti + mini fridge.

Suis die semua pakai touch sahaja. Lampu banyak tapi still rasa romantik sebab malap2 gitu. Plug point pun banyak tak risau nak charge.

Sebelah kanan pintu masuk bilik, adalah toilet. Suke basket ni sebab macam-macam ada. Complete!
Tapi..macam mana pula rupa toilet nye?

Tadaaaa...Sexy kann?So, dah tau la kan kenapa kami pilih hotel ini to celebrate our anniversary!Hehhe.

Actually semua bilik dekat Royale Signature Hotel Alor Setar ini ada bathtub.Cuma yang membezakan setiap bilik tu adalah keluasaanye sahaja.  Macam bilik kami ni ialah Super Deluxe King. Besar! Selesa!Kalau anak beranak boleh la tido depan tv tu sebab carpet di situ. carpet tu pun tebal alas dengan toto.

Ha...Skodeng kite ehhh.Jangan risau bilik air ni memang la nampak seksi tapi ade blind utk tutup bile perlu. masa kenc ke ver ke kan segan nak tayang-tayang gitu, tarik la blind tu. Masa mandi rendam-rendam dalam tub tu bukak la balik luas-luas, baru la sexiest!Hahaha;p

N call hotel samada diorg ada buat servis deco bilik tak. Die kata takde lagi buat masa ni sebab baru lagi. So, N pun. Its ok la, I cari sendiri. Cari ni pun dah last minute ada yang tak available. Sebaik la jumpa juga. Request yang simple sebab nak surprise kan suami terchinta dan nak menambahkan lagi mood anniversary romantika itu. Alhamdulillah, berjaya!Orang loqstaq dan berdekatan boleh la try perkhidmatan surprise delivery ni ,0175802749.

Selamat Ulangtahun ke7 cik B!Semoga perkahwinan ini sentiasa dalam barakah dan perlindungaNya . Tq untuk 7tahun mengemudi bahtera dan megharungi ombak bersama-sama.Saranghae!๐Ÿ’˜

Malam kami dinner dekat restoran authentic thai. nanti share yg tu. Rasa macam ambil gambar untuk MLM pula.Haha.

Lobby. Nice juga design lobby die. Tapi kaunter reception tu agak tinggi. kalau rendah dari kami ni , kene mengjengket la kot.

Lama tak breakfast dekat hotel. Pilihan makanan biasa je. Rasa pun ok ok je la.Servis bagus.

Cafe 78

Bile dah meningkat usia ni, kalau hotel tu ada pool sekalipun dah malas dah nk berendam-rendam dekat public. Bathtub ๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“

Eh..tapi hotel ni takdak public pool tau. Mungkin tu die buat konsep semua bilik ada bathtub. Lebih privacy dan jimat kan?

Royale Signature Hotel terletak hanya 3minit sahaja dari Aman Cenral Mall. Kalau jalan kaki tu ada la dalam 10minit kot. Berdepan dengan hotel ialah kawasan perumahan dan ada 1 restaurant chinese di situ. Malam memang penuh tengoknye.  Level atas sekali hotel ada Sky Lounge kalau nak buat any event. Agak bz jugak la hotel ni macam selalu je ada event. Tapi parking lot agak limited . So far, haritu kami takda masalah untuk parking.

View dari parking Aman Central Mall. Royale Signature Hotel, bangunan berwarna oren

Kami ada masalah hot water kurang berfungsi. Memang kecut jugak la berendam dalam bathtub tu. Bila tanya dekat reception, actually hotel ni menggunakan sistem solar. So, energy tak cukup untuk generate hot water tu and diorang tengah configure masalah tersebut. Hope next time dah ok, dapat la berendam lama sikit then pagi-pagi tu takdak la mengigil mandi.Hahahha. 

Overall - puas hati stay 2d1N di Royal Signature Hotel Alor Setar. Servis sangat bagus. Kalau hotel bilik cantik mana pun kalau servis tak bagus itu yang spoil kan. Alhamdulillah dari pintu masuk, reception sampai ke bilik semua kami puas hati. Next time ada rezeki rasa-rasa nak short vacay xmo p jauh tak sampai sejam pun dari Perlis, bolehlah check-in sini lagi kan b kan;)

Eh..harga lupa habaq. Beli thru Expedia RM240 inc breakfast for Super Deluxe King Room adalah berbaloi lagipun hotel ni baru soft launching belum grand launching lagi. kalau dah grand launching, dah ada public rate confirm akan naik. so, letss!

Happy you!Happy me!Happy us!


Royale Signature Hotel
Jalan Lumpur, Kampung Lubok Peringgi Alr Setar Kedah
04- 735 7878



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah